Udang Paprik (Hidangan untuk tetamu-sepupu sepapat suami)

Bila dia orang call bagi tau nak datang makan dalam pukul 12.00 kelam kelibut akak kena keluarkan udang……kerah anak-anak tolong kopek udang bila dah di rendam…akak terpaksa tambah lauk takut nanti tak cukup daging tu…buat malu aje..

akak kerahkan russhdi, firdaus dan ira…..suruh keluarkan pinggan mangkuk dan gelas…pinggan kat luar tak cukup pasal skrg ni cuma ada 6 pinggan makan aje..orang dah tak ramai…buat air…tolong hidang…nasib baik lepas makan anak dara sepupu ni rajin..mereka basuh pinggan mangkuk…dan sapu lantai…

Mereka balik nak dekat pukul 4.00 petang..nak lepak tak leh…pasal pukul 5.15 nak hantar ira balik ke asrama…

Bahan:- (dipotong kecil)

  • 300 gm udang-tinggalkan ekor
  • 100 gm carrot-dipotong panjang
  • 100 gm brokoli-tak letak sebab tak ada
  • 100 gm bunga kobis
  • 50 gm capsicum hijau-tak letak..tukar ke cili hidup di hiris
  • 1 labu bawang besar-dipotong bulat

*akak tambah…daun ketumbar dan daun kucai

Bahan Sos:-

  • 2 sudu besar kicap pekat
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 5 sudu besar sos cili
  • 3 sudu besar sos tiram
  • 5 helai daun limau purut
  • 1 batang serai – di titik hujung dia (akak letak 2 batang)
  • 3 biji limau kasturi (perah jus)
  • 5 biji cili padi – ketuk-akak tambah lagi 5 biji..tak pedas tak sedap
  • 3 ulas bawang putih – akak tumbuk
  • 1/2 cawan air
  • 3 helai daun purut-disiat-siat
  • garam secukup rasa
  • minyak

Cara Memasak

1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang besar, bawang putih dan serai hingga wangi.
2. Masukkan ayam dan kacau rata.
3. Masukkan carrot, kicap pekat, sos tomato, cili sos dan sos tiram. Masukkan air.
4. Biarkan mendidih dan kuah agak pekat. Kemudian masukkan sayuran lain.
5. Bila mendidih lagi, masukkan daun limau purut.
6. Masukkan sedikit garam dan padamkan api dan baru di masukkan jus limau dan kacau sebati..enak di makan panas-panas.

One thought on “Udang Paprik (Hidangan untuk tetamu-sepupu sepapat suami)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s