Kerja Kawin Hari Sabtu

Cerita dah basi pun akak nak cerita jugak…

Hari Sabtu lepas gi ke rumah sepupu suami kat Taman Tasik Putri kat Rawang…memang tak pernah pergi pun selama ni…kalau jumpa pun masa raya kat rumah ayah dia di Kg Malaysia Tambahan Sungai Besi..

Rupernya jauh jugak nak gi ke sini…huwaaa..rumah kat area sini masih murah…tapi bila nak gi kerja kat kay ell…macam jauh pulak…agaknya orang kat sini dah biasa kot..

Aiseyman gambar tak lawarlah…nilah padah suruh org lain ambik…semua gambar bergegar….mungkinkah di sebabkan gegaran dari badan akak..ahaksss..

Yang depan sekali dan pakai tudung pink tu sepupu suami yang buat majlis kawin ni…anak dara pertama…skrg dah tak dara kot…

Pengantin perempuan ni sebaya dengan umur anak akak yang sulung…..dah jodoh…pengantin lelaki duduk dekat area tu jugak..datang dah lambat…jadi misslah gambar bersanding kat atas pelamin…

Kami datang 4 beranak aje..russhdi ada hal….ira tak nak ikut sebab banyak kerja sekolah.

Sepupu suami jugak ni….turun dari Kuantan, Pahang…datang 9 beranak…

Baju biru ni adik beradik dengan perempuan dia atas…dia duduk kat rawang jugak..entah apalah yang di tunjukkan tu..

Kat depan rumah dia…banyak betul buah mangga…melayut…akak tak tahan…

Mula-mula mintak dia tak bagi…dia kata kecil lagilah…(yelah orang tak nak bagi…banyaklah alasan dia tu…)akak tak kira..akak nak jugak…nak tunggu besar…nak gi rumah dia..jauh bebeno…duit minyak boleh 4 kg mangga kat rumah akak…

Lelama barulah dia kasi….masa tu dah terfikir nak buat apa dengan mangga ni…lepas tu balik cari barang kat kedai elektrik kat setapak…nak survey harga dulu…

Hari Ahad diorang pakat datang umah akak…tapi bagi tau lambat…bersilatlah akak kat dapur..
nanti akak show apa yang akak masak..

6 thoughts on “Kerja Kawin Hari Sabtu

  1. kak ina..kat umah saya pun banyak buah mangga tapi sedihlah tenguk banyak yang gugur tak sempat tua..anak saya yang bungsu dah form 5..takde anak sek rendah..

  2. haaaa…ni mesti akak nak buat kerabu mangga kan..??? nak sikit tau!!!psst…umah kita pun mangga tengah loyot2. meh ler dtg amik.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s