Gula Dah Ghaib

Akak geram betullah …. dah 2 hari…….. cari gula tak jumpa-jumpa..dah jadi macam emas pulak..terlalu berharga……tension di buatnya…kenapalah dia orang ni buat cam ni…kesian dengan peniaga …. mereka yang paling perlu gunakan ni….

Semalam bila adik akak gi jj wangsa maju…akak dengan tamaknya mintak belikan gula 5kg beb..kononnya nak buat simpanan…bila balik adik kata gula tarak…

Pagi tadi akak gi 2-3 kedai di tempat akak…..nak cari gula…pun tak ada…gula aising banyaklah…brown sugar pun banyak lagi stok…

Kalau buat air teh ni imran memang bubuh gula…akak tak bubuh pun tak apa…takkan nak guna gula aising atau brown sugar…

Kalau minum ni memang tak yah bubuh gula…

Yang ni memang dah sah dah ada gula kat dalam dia…tak yah risau…minuman akak ni pepagi..

Buat air milo pun kena bubuh sikit gula…ni untuk si imran..tak ada pun tak apa…

Tadi dalam pukul 2.00 petang….akak gi keluar bawak mak follow up kat hospital mata hussein onn…on the way balik akak berhenti kat kedai di sentul…4 kedai akak masuk semua tak ada gula….pelik bin ajaib…benda macam ghaib terus dari pasaran…

Bila baca metro semalam kata kat thailand banyak pulak gula malaysia…hairan …hairan….

Tapi kalau nak minum ni takkan tak ada gula…mau tersekat kat tekak nanti…

Kopi kampung kalau tak ada gula lagi haru….terus melekat kat tekak….

Suami akak minum ni pepagi…jadi tak payahlah pakai gula..selamat sikit gula kat rumah ni…

Hb memang guna gula ni sejak ada penyakit kencing manis untuk buat air kat pejabat bila waktu pagi pukul 10.00 dan waktu petang sebelum balik…….takkan nak buat air bila tetamu datang … harulah…mahal weii gula ni..

Yang buat banyak pakai gula nak buat roti…

Nak buat puding

Dan nak buat kek…..huwaaaa susahlah akak macam ni….nak baking….nak buat biskut raya semua kena pakai gula…tolonglah akak ni…sape dapat belikan gula…atau tau kat mana ada jual gula bagi taulah akak ye..

Lagi satu sape yang tau tempat orang sorok gula bagitaulah menteri kita tu…katanya nak tarik lesen…padan muka..

Nota : Padahal kat rumah ni akak 2 kg gula….bukan sorok tau…tapi bila dah ada senang nak guna…entah berapa lagi lah bertahan..

16 thoughts on “Gula Dah Ghaib

  1. alahai..gula mmg sah kena ade..keperluan!ntahler diorg nih..menjelang musim puasa n raya ni nk buat hal la pulak kann..tension kite..gara2 nk untung laa tuu huhu

  2. kak ina!!!.. biasa la dh nk raya nih.. diaorg ambil kesempatan.. last week g kedai nk beli, 1 family leh beli 1 jer!!! tu kat kedai cino… pastu pi lah kedai melayu nk beli ingatkan nk tolong org kita yg gerammmmm!!!!… gula ada siap harga leh mahal la pulak!!!.. hampeh!!!

  3. Betul cakap sarah tu kak kat penang masih ada stok lagi…sebab masa sibuk2 kat Johor tak de stok…2 hari lepas Watie dah suruh hb beli siap2..dapat le 5 ke 6 kilo…langkah berjaga-jaga…nak puasa & raya ni kan kak..!

  4. Alhamdulillah, stok gula time kenduri kawin adik ipar aritu ade byk lg mak mertua bekalkan. Cukuplah sampai akhir tahun ni kot…tu yg tak berapa nak perasan gula ade ke tak kat kedai.

  5. salam cik min….jauhlah weh nak ke bentong tu..tak berbaloi baloi..salam eriey..kejam sungguh mereka ni..nak menganiayai orang ramai..dahlah bulan pose banyak peniaga segara…kecian mereka nak berniaga terutama yang berniaga air..salam ain…nak naiklah..apa nak buat..skrg ni apa yang tak naikk..semua naik..kecuali hujan aje yang turun…geram tul ni..

  6. salam cik pah..entahlah kat tesco tu ada ke idak..kita tak tahulah pulak..salam gerau gebang..tulah pasal..dah ckp dgn hb..klu gula masih tak ada..guna ada 3 in 1..sonang cerita..salam ana..melayu makan melayulah tu..tak guna…cino jugak yang tolong melayu..hampess sungguh..

  7. salam ijan..akak tak dpt nescafe boleh meroyan tau..tulah ke mana-mana byk 3 in 1 ni..salam sarah…mak datuk..byknya beli gula..bagilah akak sekilo..salam watie..kat seluruh kedai di rumah akak ni tak ado…buat penat aje keliling kg cari gula..

  8. salam siti…bestlah camtu..anak pun tak ramai..jadi tak yah risau sampai cukup tahun…akak ni yang risau..anak akak kan ramai…(macamlah anak akak 12 orang)salam aishah..insyallah akak cuba gi kat tesco kat kepong. kalau ada alhamdulliah..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s