Daging Goreng Blackpepper

Nilah salah satu masakan yang akak masak masa sepupu sepapat suami akak datang ke umah hari ahad yang lalu…..rasanya ada 2-3 resepi daging ni…tapi kali ni akak gunakan pula resepi dari rozzan .http://rozzan.blogspot.com/ tapi akak derhaka sikit dengan resepi ni…

Feed back dari saudara hb akak…..sedap hingga menjilat pinggan sampai mintak resepi…lepas tu kena fikir nak masak apa….kena tambah lauk…..al maklumlah nak makan 13 orang termasuk kanak-kanak..

sebenarnya..buat daging ni memang nak buat untuk ira bawak balik ke asrama..tapi dah tak ada rezeki…dapat makan kat rumah aje…tak apalah..hari minggu ni boleh buat lagi…dan bawak gi ke asrama dia..


Bahan-bahan

600 gm daging goreng/batang pinang-akak gunakan daging lembut..tak yah rebus pun…
(rebus dgn secukup air hingga ¾ empuk. Lebihan air rebusan jgn dibuang)

Bahan Kisar

  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • 1 sudu teh lada hitam

Semua ni akak perap dalam 1- 2 jam..

  • 3-4 sudu besar sos lada hitam (blackpepper)
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu besar sos tiram
  • secukup air (1-2 cawan, dari lebihan air rebusan daging tadi)
  • sedikit minyak bijan (beberapa titik)-tak letak
  • 1 sudu besar gula (atau secukup rasa)
  • garam secukup rasa
  • 1 senduk minyak masak (utk menumis)
  • 2 biji kentang (dikupas kulit, potong wedges & digoreng)-tak letak
  • 2 biji tomato (dibelah 4 setiap satu)
  • 4 btg lada hijau (dibelah dua atau tiga memanjang)-akak tukar ke cili merah di hiris serong
  • 1 biji bawang besar (dipotong gegelang dan digoreng sebentar)-akak tak goreng pun

Tambahan
daun bawang dan daun kucai di potong kecil.

Cara

1. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan kisar sehingga garing. Bubuh sedikit air jika perlu. Kemudian masukkan daging bersama air rebusannya sekali.-part ni akak tak ikut…akak terus goreng daging telah di perap tadi.

2. Masukkan pula sos lada hitam, kicap manis, sos tiram, minyak bijan, gula dan garam. Gaul rata dan biarkan sehingga daging empuk. Kalau kuah agak kering, tambah sedikit air lagi. Sesuaikan rasanya dgn citarasa anda.

3.Masukkan kentang, lada hijau, tomato dan gegelang bawang. Kacau rata dan biarkan sebentar sebelum dimatikan api. Boleh dihidangkan dgn roti atau nasi.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s