Jom Ke Wong Solo

Hari rabu russhi call suruh hantar segala sijil ke gmi di bangi…jadi hari khamis akak gilah ke bangi..sebelum tu singgah dulu di pasar nak cari barang lama..

Sebenarny nak cari teko jambatan hitam..ada orang berkenan …tapi tak ada rezeki…kat kedai ni dah tak ada yang menarik..jadi akak gilah ke satu kedai berhampiran..lalu kedai makanan cina..busuk betul lah…nak buat camna…tahan ajelah.

Bila selongkar kat belakang kedai jumpalah teko dan mangkuk lama..rembat jugaklah..beli teko ni sebab ada member yang duk jauh di rantau mintak tolong belikan kalau jumpa..alhamdulliah dah ada 2 …bolehlah jual kat dia bila dia balik nanti.

Ni beli kat nasir..nanti akak show kat blog barang lama…

Sebelum keluar dari rumah call nasir…nak ambil sekali barang yang di order…kan satu jalan…sambil tu tangan tu gatai dail si umi e…rupernya dia ada kat warta … beli barang…nak jumpa jugak dgn dia…janji kat simpang keluar warta…bila akak sampai kat situ…dia tak ada..langsung akak gi ke kedai nasir di seksyen 8….tak lama umi e call tanya akak kat mana…

Bila dia tahu akak dah sampai kat kedai nasir…terus dia pecut ke situ…kebetulan nasir belum sampai kat kedai…kami lepak kat kedai mamak..umi makan roti canai…akak minum aje..perut masih kenyang lagi..tq umi belanja akak teh tarik…

Tak lama nasir dan isteri sampai…naik atas dan terus ambil barang…terjebak lagi..beli lagi dan booked lagi..ingatkan dah nak stop…tapi nafsu tak leh tahanlah tenguk barang lama ni…nasir hadiahkan terendak lampu ni…terima kasih ye..

Lepas pot pet..pot..pet…akak gi ke pasaraya mini maidin kat situ..biasalah beli barang dapur….lepas tu call russhdi yang akak nak gi ke tempat dia…lepas bagi fail….akak pusing nak cari kedai makan ni…

Puas pusing-pusing nak cari kedai makan ni….tanya si umi…dia bagi direction cam na nak gi kesini…akhirnya sampai jugak….teringin nak cuba…pasal ada terbaca dalam satu blog kata makanan kat sini sedap…padahal kat kampung baru pun ada..

Pusing-pusing kat sini ternampak kedai bakeri … tapi tak ada pulak tpt nak parking…akak pusing lagi..jumpa nasi beraini batu pahat….hati nak makan jugak ayam penyet ni..terus jalan ke depan…barulah nampak tempat makan ni…

..rupernya kedai ni kat deretan kedai yang baru bukak..tapi tak jauh dari pusat perubatan al zahra…akak order ni…nak tahu berapa harga dia…nak dekat RM10.00 campur nasi…

Order jus alpukat (avacado)…akak memang suker minuman ni..harga nak dekat RM7.00..total semuanya…Rm15.60…tu untuk seorang…kalau anak beranak mau sampai RM100 lebih…dah kenyang pecutlah balik ke rumah…

Saje nak tunjuk…jus alpukat ni beli kat kedai makan minang kat traffic light kat sentul…baru RM3.00…beza memang berbeza…

3 thoughts on “Jom Ke Wong Solo

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s