Ayam Penyet


(sumber resipi : Pn Asmah Laili)

Oleh sebab akak tak puas makan kat restoren wong solo tu…akak buat kat rumah…tapi guna ayam biasa aje..malas nak cari kat pasar ayam kampung…memanglah tak sama dengan kat sana..tapi anak kata sedap..dulu akak pernah buat tapi akak goreng pakai tepung..kali ni walaupun di rebus dan pastu di goreng tapi sedaplah pulak rasanya…mood baik kot….kenapa ek??

Resepi di ambil dari blog rozzan kat singapore http://rozzan.blogspot.com/…terima kasih kerana sudi berkongsi resepi…

Bahan-Bahan

  • 1½ kg peha ayam (kira-kira 6 keping, jangan buang kulitnya, cuci bersih dan toskan-akak gunakan 1 1/2 ekor ayam
  • 2 – 3 liter air
  • 3 batang serai, bahagian putihnya sahaja, dititik
  • 3 hiris lengkuas, dititik
  • 6 biji bawang putih, dihiris
  • 1 sudu makan ketumbar, ditumbuk kasar
  • ½ sudu makan jintan halus (jintan putih), ditumbuk kasar
  • 1 ibu jari halia, dititik
  • 4 helai daun salam
  • 4 sudu makan rata, gula Tanjung-tak letak sebab takut sup jadi manis
  • 2 sudu makan rata garam
satu tuang sambal…satu lagi tak….cik abg ni takut nak makan sambal..takut sakit perut…lepas akak explain barulah dia berani makan…

Cara-caranya

1. Masukkan semua bahan kedalam periuk, kecuali ayam.
2. Gaul rata dan rasa. Jika kurang garam tambah sedikit lagi.
3. Setelah puas dengan rasanya. barulah dimasukkan ayam.
4. Tentukan airnya cukup setakat menutup ayam.
5. Jerang periuk diatas dapur dengan api yang sederhana besarnya.
6. Rebus ayam sehingga ¾ masak, selama 15 hingga 20 minit.
7. Matikan api. Keluarkan kepingan ayam dan masukkan didalam tapisan.
8. Biarkan sehingga ia benar-benar sejuk. Bersihkan ayam.

9. Sementara itu tapis air rebusan ayam. Air yang jernih diketepikan untuk membuat sup, tetapi bekas ketumbar dan jintan halus dilumurkan dengan kepingan ayam.
10.Ayam
yang sudah direbus, sebaik-baiknya disimpan semalaman didalam peti sejuk dengan sedikit air rebusan.
11.Goreng ayam pada keesokkan hari. – akak rebus pagi..petang baru goreng.
12.Tetapi boleh juga digoreng
bila kepingan ayam sudah betul-betul sejuk.
13.Goreng dengan banyak minyak, sehingga masak dan garing.

14.Setelah masak, dihentak sedikit dengan anak lesung.
15.Sajikan segera dengan sup asam, nasi panas, serta tempe dan tauhu goreng, kangkung rebus, Sambal Kicap Lada Padi serta Sambal Lonteh.

Bahan C (Untuk nasi dan sup)akak masak 4 cawan nasi..jadi agak-agak aje..

  • 1 kilo beras (cuci dan toskan)
  • 150 gram mentega-guna 2 sudu makan mentega
  • 1 cawan minyak masak-akak tak guna minyak pun
  • ½ cawan minyak bijan-tak letak
  • 6 – 8 helai daun pandan
  • 1 batang serai
  • 5 ulas bawang putih (ketuk)
  • Garam secukup rasa
  • Air rebusan (stok) ayam secukupnya

Cara-caranya
1. Tapiskan secukup air rebusan ayam dan tuang ke dalam periuk nasi.
2. Masukkan mentega, minyak, beras, daun pandan, serai, bawang putih dan garam.
3. Kacau sedikit supaya bahan rata dan masaklah nasi seperti biasa.

2. Untuk supnya, tapis baki air rebusan ayam tadi, tuangkan ke dalam periuk dan campurkan dengan sebuku kiub stok ayam.
2. Masak hingga kiub larut.
3. Masukkan secukup hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng. 4. Hidangkan bersama ayam dan nasi.

Akak tambah sayur lobak merah di potong memanjang dan cendawan cina yang telah di masak sebentar dengan air panas dan di hiris halus.


Bahan D (untuk sambal dan ulam)

  • 3 batang lada merah
  • 3 biji lada padi
  • 10 ulas bawang kecil
  • 3 labu tomato-akak guna 1 biji aje..
  • 100 gram ikan bilis goreng
  • 100 gram belacan
  • Secukup ulam (kacang botol, ulam raja, timun, pengaga)-akak guna timun dan kacang panjang aje..

Cara-caranya

1. Goreng lada padi, lada merah, bawang kecil dan belacan selama lima minit. Angkat dan toskan minyaknya kemudian tumbuk bersama ikan bilis goreng hingga lumat.

2. Sajikan bersama ulam, nasi dan ayam penyet.

Nota:

Jika suka anda boleh juga buat sambal belacan.
Anda boleh menggunakan 5 batang lada merah, 3 biji lada padi, ½ sudu teh gula melaka, 1 biji tomato dan 1 sentimeter belacan bakar. Satukan semua bahan ini dan tumbuk hingga lumat.

Bahan D (untuk sos hitam) yang ni akak tak buat..

  • ½ botol sos tiram
  • ½ botol air
  • Segenggam gula pasir
  • Sedikit minyak bijan

Cara-caranya

1. Satukan semua bahan dalam periuk kecil dan masak hingga sos mendidih.

Hari Isnin pepagi akak dah keluar…bawak mak ke hospital mata hussein onn di petaling jaya..keluar dari rumah pukul 6.15 pagi pasal nak elakkan jalan jem..lagipun jauh kan…bila dah masuk simpang jalan utara…boleh tak perasan hospital tu….sesatlah sekejap…tak nampak sebab hari masih gelap.

Dalam pukul 9.00 lebih barulah mak di sorong masuk ke dewan bedah..dan selamat di buang katarak dan di tukar lens baru…sekarang ni mak tak boleh jaga cucu…kenalah hantar kat rumah pengasuh sampai cukup bulan.

Imran ambil gambar ni….mak tak pakai tudung..terpaksalah cover… mintak-mintak okeylah..lepas ni terang benderang balik penglihatan dia…doakanlah ye..

5 thoughts on “Ayam Penyet

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s