Siakap Tiga Rasa

Bila gi ke jj..tenguk ikan siakap …tenguk harga memang murah bebeno…apalagi ..cepat-cepat sambar 2 ekor..oleh sebab kat rumah ni cuma tinggal 3 orang pada hari biasa..masak seekor pun dah cukup…rasanya dah pernah buat…tapi akak rajin nak tepek resepi…resepi asal dari chef ah mat gebu tapi akak c & p dari rumah ummi di kuantan…

Bahan Utama:-
  • 2 ekor ikan bawal hitam sederhana besar (*ummi guna bawal putih tu je)-akak tukar ke ikan siakap-pastu kepakkan ….
  • 1 camca teh serbuk kunyit
  • 1/2 camca teh garam
  • 3 camca besar tepung jagung (*ni Ummi tambah)
  • 4 batang putik jagung – hiris serong-tak letak sebab tak ada stok
  • 1/4 ketul bunga kobis – potong kecil
  • 1 batang lada merah – hiris kasar
  • 1 batang seleri – hiris serong-tak ada
  • 1 biji tomato – belah 6
  • 1 camca besar gula

Bahan Tumis:-

  • 1 biji bawang besar – potong berbaji
  • 2 ulas bawang putih – hiris halus
  • 1 inci halia – diketuk
  • 1 camca besar cili kisar

Bahan Sos:-

  • 2 camca besar sos tiram
  • 2 camca besar sos tomato
  • 1 1/2 camca besar sos cili
  • 1 camca besar kicap cair
  • akak tambah sedikit sos ikan
Cara Memasak:-
  1. Lumur ikan yang telah dicuci bersih (akak perapkan dengan jus asam limau dulu dalam 10-15 minit) lumurkan dengan serbuk kunyit dan garam dan salutkan dengan tepung jagung. Goreng hingga garing dengan minyak yang banyak. Angkat dan ketepikan.
  2. Dalam kuali yang sama, ceduk keluar minyak(akak gunakan minyak zaitun) dan tinggalkan kurang lebih 3 camca besar.
  3. Masukkan bahan-bahan tumis dan goreng hingga garing.
  4. Kemudian masukkan bahan sos kecuali kicap cair. Gaul hingga rata.
  5. Masukkan semua jenis sayuran dan masak 2 – 3 minit.
  6. Masukkan kicap cair, sedikit sos ikan dan gula. Kacau rata.
  7. Tambah 3 camca besar air, kacau dan masukkan ikan bawal tadi. Gaul dengan sos biar mesra.
  8. Angkat dan hias dengan daun salad (akak tak letak pun) sebelum dihidangkan.

9 thoughts on “Siakap Tiga Rasa

  1. Akak…..tiapkali masuk sini saya mesti terliuq laaa!adeh….sedapnyaa ikan siakan 3 rasa tuh! Sini xjumpa [un ikan siakap…..yg ala2 ikan mesia cuma kembung,tenggiri n talapia hitam..yg lelain tu cam ngeri nak makan…warna warni sangat!

  2. salam ppb…dah dpt idea..dah cuba ke belum?salam ima..cuba jangan tak cuba..salam lupekanaje…memang makan dgn nasi panas dan pastu hirup tom yam..huwaaa..makan bertambah.

  3. salam noorma..cubalah..puas hati tau..salam arsaili…nanti cubalah buat ye..kat sana ada ikan siakap ke?salam aramis…keciankan..nanti balik nanti beli dan masak puas-puas ye..akak pun takut nak beli ikan kalau warna warni..salam ct_nurmarlissaa..ada..tapi bzzz sikit..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s