Akhirnya….masa yang di nanti telah tiba

Tenguk beg aje dah terasa sayu dihati…al maklumlah..tak pernah lagi berpisah jauh macam ni..tempat yang tak pernah di impikan..tapi nak buat camna..terpaksalah redha….jpa nak hantar ke sana..nak buat camna…

JPA dah siap bagi duit rupee…senang sikit macam tu…ira berangan nak duit tu…akak kata kena belajar pandai-pandai..nanti dapat ikut jejak kakak dia..

Yana memang tak pernah ada laptop…bila nak pergi ni ayah dia hadiahkanlah benda ni..sukalah hati dia..tapi benda ni memang kena ada..senang nanti akak nak ym….hantar e mail ataupun pakai webcam..ayah dia hadiahkan jugak kamera..senang dia nak ambil gambar dan mak dia bolehlah tayang gambar dia kat blog akak..

Imran yang sibuk nak tolak troli tu..

Kenangan bersama-sama adik beradik..

Masih sempat lagi bergurau senda..

Kenangan bersama keluarga

Tenguklah air muka akak tu…ada muka sedih ke???? Tak lah kan..mama rock mana nak jiwang-jiwang….

Adik lelaki akak pun datang jugak…nak pergi se orang..yang menghantar…fuhhhh ramai…

Bukan senang suami akak nak bergambar macam ni..entah kenapa naklah pulak bila akak suruh posing..

Sementara menunggu pihak jpa nak bagi taklimat…kami lepak dulu…imran dan anak buah akak sibuk nak beli barang kat airport…harga mencekik darah…

Senyuman dari pelajar … tentu seronok nak gi tempat orang…pelajar india tu lagi seronok gamaknya…balik ke negeri dia….

Bersama junior KTT Salak Tinggi…mereka jenguk senior nak fly….kolej ktt sediakan bas ke sini….kat belah akak tu si nina yang baru masuk ke ktt 3 minggu..selama ni ashik bersapa di alam cyber…akhirnya jumpa pulak kat airport…terharu pulak rasa hati bila dia sanggup cari akak kat sini…acik doakan agar nina jugak berjaya macam kak yana dan dapat pergi ke india dalam masa 2 tahun lagi…tapi kena study hard ye…mintak-mintak pergi pulak sama tempat dengan yana..

Sebelum turun ke bawah…ambil gambar lagi….bukan akak aje yang sibuk snap sana…snap sini…orang lain pun sibuk macam akak jugak…….nanti kat bangalore..masing-masing berpisah…gi ke tempat yang berlainan……russhdi pun menyibuk nak posing kali terakhir…

Yana pun macam akak jugak…relax aje…siap senyum lagi…amanat terakhir sebelum dia ke balai berlepas…

Mereka gelakkan akak…mereka kata mata akak merah sebab nak menangis…ha..ha..ha…akak tak nangis tau…betul…tak tipu..

Ira pun senyum…tak mainlah nangis-nangis…

Rajin betul kawan-kawan yana dari sekolah seri putri dulu datang nak hantar yana fly…

Sebelum turun ke bawah….ada yang menangis sebab sedih…akak menangis dalam hati udahlah…
good luck yana…

37 thoughts on “Akhirnya….masa yang di nanti telah tiba

  1. ala kak..sya pulak yang sayu hati..bertuah akak,anak2 semua menjadiSya doakan Yana capai apa yang dia impikan..semoga Yana tabah kat perantaun..pulang dengan kejayaan..bangga anak melayu kita berjaya..AMin

  2. salam kak ina..jgn sedih2 ye..yana g belajar jauh2 utk kebaikan dia gak..tak lame tu..pejam celik dah abis belajar dia balik mesia semula..:) to yana: take care ye..

  3. Tertunailah hasrat hati YANA dan BONDANYA pula…Nanti KAK INA boleh gi TAJ MAHAL…YANA jadi pemandu pelancong!!he he hehmmm..plane dia dah touch down kut kat India tu by this time!

  4. good luck yana..wah kira kuat la ina ni ya..kalau cikmanggis dulu,menangis tersedu-sedu…sebak..nangis bengkak-bengkak mata…rasanya yana baya-baya anak cm yg akan ke ireland september ni…rasanya ina sempat ajar anak cm kat tabika perpaduan ibu kota tu…

  5. alahai kak ina…saya pulak yg menangis. sedihnya nak pisah ngan anak. tp apa nak buat kan..dia pergi menuntut ilmu. doakan aje lah semoga dia selamat di tpt org dan semoga berjaya!!!

  6. salam k.ina.. tengok gambar2 ni, teringat masa nor hantar along nor dulu.. suasana saja jer.. terasa sayu pulak hati, terasa rindu pulak rasa pd anak teruna.. mudah2an yana selamat diperantauan, dpt menghadapi cubaan dan ujian, berjaya dlm pelajaran dan balik dgn kejayaan yg cemerlang.. aminn..

  7. Salam kak Ina…Tahniah dan doa sentiasa mengiringi perjuangan Yana moga selamat di perantauan…Salute akak..for a proud parents…& tabah..Watie lak yg sedih…mmgjenis yg sgt2 sentimental…

  8. good luck yana..moga pulang dgn kejayaan..syabas akak tak nangis!..kalau saya tu dah nangis kot. hari masa famili hantar kitaorg saya tahan juga tapi bila salam n peluk kali terakhir tu melimpah juga akhirnya…

  9. kakina…eeekita yang tengok dan baca entry kak ina rasa syok ade,sedih pun ade..heee kalau kita ade masa ni mesti kita yang menangis taw!..pepun tahniah kak….bg pihak kita buat yana tuh…

  10. k ina,tak salah pun kalau akak nangis.maklum le nak lepaskan anak dare jauh ke negara orang huhuuuusemoga yana selamat pergi,selamat tiba,selamat belajar dan pulang dgn kejayaan…cumey anak dara akak nih…take care, yana😀

  11. salam kak ina. jgn sedaih2…yana gi nak nuntut ilmu. doakan moga yana berjaya. dulu pun saya pernah "meninggalkan" keluarga dan saudara-mara kat airport cam gini…mmg sedih..

  12. Tahniah untuk Yana! Teringat masa saya study dulu, hantar kawan-kawan satu kolej ke Ireland! Memang sedih sbb kawan rapat kan! Inikan pulak macam kak Ina, anak sendiri! Saya pun penah berpisah dgn anak masa umur dia 8 tahun, saya hantar dia belajar di sekolah pondok selama sebulan, itu baru sebulan, belum lagi 5, 6 tahun macam Yana ni! Nanti kak Ina bolehlah pegi India pulak, jalan-jalan makan angin!

  13. Gd luck YANA…. semoga apa yang yana impikan akan tercapai. semoga yana menjadi kebangaan kedua ibu bapa dan juga adk beradik yana yang lain. Semoga selamat sampai kesana dan kembali dengan KEJAYAAN.

  14. salam perkenalan kak dan terima kasih kerana sudi singgah blog saya…wah klau tak,compem yana akan pergi ngan adik sayakan tapi tak der rezeki adik saya ke indonesia selama 5 tahun…gud luck for yana…

  15. salam kak ina….tahniah buat yana…semoga tabah menjalani kehidupan disana…dan tahniah jugak buat kak ina sebab pandai mendidik anak…moga kak ina tabah saat ketiadaan yana untuk sementara…

  16. salam…aunty ctrl macho ker..ahahah sure nanges bila balik ..eheheh..apa pun good luck la..moga sentiasa berjaya..sejuk perut ibu mengandungkan…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s