Puding Roti Marble

Buat puding roti marble masa majlis tahlil dan doa selamat kat rumah akak hari Sabtu yang lalu..sebelum tu dah suruh yana cuba buat hari Khamis..saje nak rasa dulu sebelum dihidangkan pada hari tersebut…alhamdulliah semua tetamu suka dan habis hari yang sama.

Terima kasih buat hana http://hanamemories.blogspot.com di Jepun yang sudi berkongsi resepi yang enak banget ni….akak c & p ye…

Bahan-bahan

  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2
  • 1/2 cawan gula – bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air
  • 2 sudu besar serbuk koko (bleh juga guna choc emulco)

Cara-cara

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 2. satu adunan biarkan warna asal. dan satu adunan masukkan serbuk koko@choc emulco. kacau cepat2!
  5. Tuang ke dalam loyang secara berselang seli. sesenduk adunan asal kemudian sesenduk lagi adunan coklat. ulang hingga habis! ketika melapis@me’marble’kan hendaklah dengan CEPAT sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk!
Buat hari Khamis yang lepas

Masa ni gunakan serbuk koko

Masa majlis tahlil dan kenduri doa selamat hari Sabtu…buat 2 loyang..satu di campurkan dengan coklat elmulco dan satu loyang lagi di buat guna esen pandan….tetamu lagi suka yang bubuh esen pandan tu…tu yang cepat habis.

Tak muat nak letak atas tray 2 tingkat….akak buat 2 set sebenarnya…1 lagi set luper nak ambil gambar…kelam kabut….letak dalam pinggan dulu…dah habis kat tray baru letak yang ni…

4 thoughts on “Puding Roti Marble

  1. ujung minggu depan, MIL nak buat kenduri gak. dok tengah memikir apa ole2 nak bawak balik. haaaa..dpt idea dari umah k.ina ni. leh buat puding ni gak…coklat & pandan. x pernah cuba lg ni…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s