Pecal

Nak buat pecal ni rasanya akak tak sukat-sukat…pakai agak-agak aje..kalau tang ulam-ulaman/bahan sampingan macam biasalah….

timun, telur, kacang panjang, kangkung…akak suka pakai kangkung yang tumbuh tepi longkang atau parit tu…..taugeh,(semua di rebus sekejap dulu tau..kalau idak jadi kambinglah pulak)

tempe dan tahu pulak di potong kecil dan di goreng. (boleh jugak kot kalau nak makan mentah….ehhhh ada ke orang buat camtu)

Tang kuah pulak akak memang tak guna cekor…sebab mak akak memang tak pernah letak…
bahan utama dia pun pakai agak-agak..

Kacang tanah, cili kering, bawang kecil, bawang putih dan belacan. Goreng dulu kacang tanah kemudian bawang pastu cili kering dan last sekali belacan.

Pas tu tumbuklah..tumbuk lumat dulu bahan di atas (kalau malas boleh blender) , barulah kacang tanah tapi jangan kasar sangat…jangan halus sangat…dah siap..bubuh air asam jawa yang telah di bancuh dengan air masak…masukkan sedikit gula pasir dan gula melaka/gula merah, dan sedikit garam.

Kacau sebati semua dan kemudian rasa dulu. Boleh di curahkan keatas bahan-bahan ni..makan macam ni pun sedapkan..ada jugak yang bubuh keropok yang telah di goreng…kalau di indon di panggil gado-gado. Mereka suka letak kobis mentah yang di hiris.

Kalau tak ada sesape kat rumah…buatlah lauk macam ni…masak petanglah akak jawabnya…

8 thoughts on “Pecal

  1. salam zura…ada pulak tak pernah makan..kalau orang jawa memang jadi kesukaan mereka tau..salam linn..lauk yang last tu memang akak selalu masak bila time nak sahur..tergigit cili..fuh pedas giler..salam ain…suami akak pun memang suka makan pecal ni..tu yang selalu buat tu.salam gerau gebang..memang tulah yang paling best..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s