Pak Pong..Pak Pong..Lagi/Kalau Dah Musim

Majlis perkawinan ni dekat dengan rumah akak…selang berapa pintu aje..anak perempuan terakhir dalam keluarga ni…pengantin perempuan ni sebaya dengan firdaus.

Masa baru pindah ke kampung ni 10 tahun yang lepas pengantin perempuan baru berumur11 tahun..masih bersekolah rendah lagi…masa tu dia ni suka pakai baju t shirt dan seluar aje..macam anak akak jugak..mana reti nak pakai kain batik…

Sekarang ni dah cun…dah jadi isteri orang pun..tak lama lagi jadi mak oranglah pulak…cepat betul masa berlalu..Oh ya…makanan pulak cam biasalah…takkan tak tahu nasi, ayam, daging, acar, buah dan air…camlah selalunya..

Oleh sebab durian dah jatuh harga bolehlah beli selalu…..berlambak-lambak orang jual..sampai jemlah jalan di buatnya….mulanya imran yang nak makan..kesianlah pulak…beli RM1.00 sebiji untuk buat bubur dan RM2.50 untuk makan mentah. Buat bubur ni untuk di makan dengan roti putih aje…tak rajinlah pulak nak menjala di siang hari.

Anak-anak tak suka bubur kacang…akak terpaksalah pisahkan kuah durian lepas di masak. Rebus kacang hijau berasingan setelah di rendam satu jam..macam biasa kena bubuh sagu mata ikan…nak resepi…alahai senang sangat nak buat bubur ni..

Nanti nak beli lagi minggu ni…ingat nak makanlah pulak dengan pulut….sementara tengah murah…makan puas-puas..nanti dah mahal..buat-buat tak pandang.

One thought on “Pak Pong..Pak Pong..Lagi/Kalau Dah Musim

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s