Jom Gi Bollywood (Istana Budaya)

..Akak bersyukurlah akak dah balik ke malaysia …. tak tinggal lagi di jakarta …masa company suami suruh sambung kontrak lagi supaya kerja kat sana…akak yang tak bagi..tak bestlah duduk kat sana…tak leh vrommm sana..vrooom sini..pastu ashik teringat anak-anak yang tinggal di malaysia.

hotel jw marriot dan the ritz carlton tu sebelah office suami akak dan rumah akak pulak di seberang jalan….kalau kami masih ada di sana mestilah kami pun boleh dengar bunyi bom tu…issss takutlah…issshhh melalutlah pulak…

Masa akak tengah lepak depan pc ada member blog daydeck86 (dia ni sebaya dengan russhdi) call … nak bagi tiket tenguk bollywood …wah..wah..wah…seronoknya rasa hati..walaupun akak duduk kat kuala lumpur…tapi tak pernah lagi jejak ke tempat ni…tenguk harga tiket mahal…takutlah nak beli. Tiket nak tenguk ni pun paling murah nak dekat RM100.00. Baik beli pinggan mangkuk lama…ha..ha..ha..

Kalau ajak suami akak lagilah dia tak nak…orang tak minat…kebetulan daydeck bagi 2 tiket..dia kata ajak yana sebab yana tak lama lagi kan nak gi ke negara india..kebetulan yana keluar hari rabu tu..kena tunggu dia balik dulu..lepas minta kebenaran dari suami yang kebetulan ada tournament bowling di times square akak contact daydeck…nak ambil tiket kat dia…

Kebetulan rumah dia memang dekat dengan rumah akak…lebih kurang 10-15 minit perjalanan..bila yana balik suruh dia cepat bersiap dan kami terus jumpa daydeck dan terus ke istana budaya. Akak suruh firdaus tolong tengukkan imran dan hantar akak ke situ.

Memang terpegun bila masuk ke dalam tempat ni…teruja..macam jakun…tenguk sana..tenguk sini..memang classlah tempat ni…dr ina mesti tak hairan kan…dia dah selalu tenguk konsert kat sini…

Memang seronok tenguk persembahan mereka…pakaian yang berkerlipan….tarian yang mempesona….hero dan heroin yang handsome dan cantik…penari pun lawa dan handsome jugak.

Lepas 1 jam lebih persembahan dihentikan 20 minit..bolehlah buat apa yang patut..nak ke tandas ke…nak minum ke…..

Patutnya tak leh ambil gambar kat dalam ni…masa ni akhir persembahan..orang berdiri jadi curi-curi snap…yana memang seronok tenguk persembahan mereka ni…nasib baiklah dia tak goyang kepala bila dengar lagu-lagu hindustan ni

Tapi gambar tak berapa cantiklah…okeylah tu buat kenangan.

Dari dalam lagi dah nampak mahazir lokman…memang dah cakap dengan yana nak ambil gambar dengan dia..sama besar kan badan akak dengan dia…tapi yana tanya…

Sape tu mak…tak kenal pun…..

Mana nak kenal …. dia ni fofular masa mak muda lagi dan mungkin sebaya dengan mak kot..dulu kerja dan penyampai berita di tv 3.

Daus pun tanya sape tu???? Tak kenallah….

Manalah mereka nak kenal….bukan sezaman dengan mereka…tak kisahlah tu kan..janji akak puas hati dapat bergambar dengan dia.

Firdaus dengan imran dah tunggu kat luar bila persembahan berakhir dan bila sampai kat rumah suami akak yang sampai dulu kat rumah..

Tak apalah sekali-sekali balik nak tengah malam..dan untuk daydeck terima kasih ekkk..kalau ada bagilah lagi….

4 thoughts on “Jom Gi Bollywood (Istana Budaya)

  1. Wah.. layan konsert bollywood yer kak… kemain lagi… mahazir lokman memang best.. kagum dgn die yg blh berbahasa mcm2 tuh… tak ramai yg ada kebolehan cenggitu kan Kak..🙂

  2. salam kak ina..tentu seronokkan layan konsert industan ni..kita minat jugak kat mahadhir lokman ni ..dia dah kahwin ke belum kak ina..saje menyibuk nak tau..hehe

  3. salam daydeck86..manalah dia orang nak kenal..masa tu dia orang kecik lagi..salam ijan..memang kagum dengan kebolehan dia..dan lagi satu tak lokek beri senyuman.salam datin el..seronok tenguk live..rasanya dia tak kawin kot..luper lah nak tanya.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s