Pertemuan Dengan Ummi di Kuantan/Dr Inahar

alahai..tak senyumlah pulak si ummi ni…
Tertunailah hasrat di hati nak jumpa dengan tukang punya resepi yang selalu akak ambil buat masakan akak sekeluarga…seronoknya…dah lama dah nak jumpa ummi ni…bila turun kay ell dulu akak tak ada jodoh nak jumpa dia..dia sibuk dengan majlis perkawinan…

aiseyman..kacaulah lampu ni….
Dari semalam sms akhirnya kami jadi nak jumpa pagi tadi di danau kota….tak sedap nak jumpa seorang akak ajak ct delima dan akak intan join sekali…

tengah buat apalah tu kak intan oiiii…..

Lepas ambil cik ct kat rumah dia kami gi ke sebuah cafe di danau kota…ummi tengah breakfast bersama family dan adik dia…lepas tu bermulalah sessi pot pet..pot..pet…tak lama kemudian kak intan sampai. Jangan marah ye kak intan…program mengejut ni..marah sayang jugaklah kak intan dengan akak…

Dah habis makan…snap..snap ajelah kerjanya…kak intan tak makan…siti minum air aje..akak makan roti telur dan air nescafe..semua ni hb ummi yang belanja…tq ye..

Kami buat kezutan pergi redah ke klinik dr inahar di seri rampai….nasib baiklah pesakit tak ada…bolehlah berbual-bual dengan dia…riuh rendah klinik ni disebabkan kedatangan mak-mak daro ni…Kami siap check blood pressure lagi….lepas seorang ..seorang lagi di check.

Kak intan ada sikit high sebab makan durian semalam walaupun 2 ulas aje..aisey lupa ambik gambarlah…

Ummi pulak naik tinggi macam roket..sebab tak cukup tidur dan penat bershopping….dan juga penat jejalan…nanti balik rehat ye..jangan masak dulu…lepak aje..turunkan darah tinggi tu dulu..

Akak jugak yang maintain…chessss perasan…

Ct delima yang kecik molek pun naik darah dia…pasal apa ek???? stress ke???

Sempat lagi tu ambil gambar kenangan kat klinik dr ina..jangan marah ye..kami kacau kamu kerja..

Lepas tu hantar kak intan dan ct delima balik ke rumah masing-masing…akak bawak ummi pergi kedai jual pinggan lama di area kuala lumpur..seronoknya akak sebab dapat barang kat situ..benda ni memang akak tak ada lagi…nanti akak show kat blog barang lama akaklah ye…..ummi pun terjebak jugak beli pinggan lama….

rupernya ummi dah terjangkit nak collect pinggan mangkuk lama..bestlah macam tu……bila nak balik ke gombak akak boleh sesat….masuk sini..masuk sana…dahlah jalan jem…nasib baik sempat ambil imran kat sekolah.

Terima kasihlah ummi kerna sudi jumpa member di kay ell ni….maaflah jika ada tersilap kata dan bahasa..ada umur kita boleh berjumpa lagi.

7 thoughts on “Pertemuan Dengan Ummi di Kuantan/Dr Inahar

  1. salam ct..alahai bukannya nak pusing jauh pun memang satu jalan kan…nak tumpang boleh aje..no problem..kalau jauh kena tuang minyak tau….ha..ha…ha..salam ain…tak kerja kan mak daro ni..mengacau orang kerja aje..tapi tak apa doc tu baik tau..lawa dan manis pulak tu..macam anak dara.salam leya..memang kalau jumpa selalunya berjam-jam ..ada aje modal nak berborak..tapi bukan mengumpat tau..cerita hal anak-anak dan keluarga.

  2. salam geraugebang..kelakar tang mana tu ….rombongan cik kiah pun kalah tau bila kami dah reramai ni..salam blogresepi…dah doc tu offer..kita org pun sanggup aje..nasib baik tak di suruh buat pap smear…kan haru jadinya..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s