Kawin…kawin (Jaybee)/Bertemu Member Blog Lagi

Meriah sungguh majlis perkawinan hari ahad lepas di jay bee…… macam-macam ada…mungkin anak bongsu aka anak terakhir..kat atas ada ABC..yang cepat habis tentulah ABC pasal cuaca panas kan…ingatkan 200 pack cukup..rupernya kena tambah lagi…terpaksalah gi cari air batu dan bahan-bahan sampingan lagi.

Ada juga roti dibuat macam kebab…yang buat ni ibu tunggal..kakak ipar kata nak tolong dia cari rezeki..akak siap duduk kat belakang dia nak tenguk macam mana dia buat…fahamlah akak macam mana cara nya. Lepas tu bolehlah tiru….bukan nak jual ye..tapi nak buat untuk bagi anak-anak makan.

Tema kali ni purple…..yang pakai baju purple tu biras akak (bapa pengantin lelaki) akak tengah borak dengan member blog yang kebetulan balik dari jauh..cuba teka sape dia…

Masa akak baru balik dari kb minggu lepas … hari isnin akak baru bukak blog….akak bukannya ada laptop…..rupernya dia ada kat kl….tak ada jodoh nak jumpa di kay ell..kesian dia..lelama bila dia kata nak balik jay bee..akak tanya boleh tak jumpa kat jay bee hari minggu nanti..kat majlis kawin nilah…akak pun minta izin dari kakak ipar nak jemput dia..

Selama ni cuma sapa menyapa si reenaz di http://mama-bungas.blogspot.com/ yang duduk jauh merantau di padang pasir…..seronoknya dapat jumpa dia..oh ye..luper..kat majlis ni kakak ipar tak buat nasi beraini ke/nasi tomato ke/nasi hujan panas…tapi buat nasi ayam…akak luper pulak nak ambil gambar..tenguk ajelah kat atas meja tu…reenaz tengah nak makan bubur/pengat keladi/keledek. Terima kasihlah kerna sudi datang jumpa akak di sini..hb dan anak lelaki dia tunggu dalam kereta…malu nak makan…alahai..akak dah jemput satu family..

seronok pot pet..pot..pet..tapi sekejap aje rasanya…masa betul-betul mencemburui kita..harap nanti kita dapat jumpa lagi ye…terima kasih bagi air zam-zam dan ayat tu..ira bawak ke asrama dia..maaflah ye jika ada yang terkasar bahasa.

Ada jugak sate…sorrylah nampak belakang pembakar sate..nak ambil gambar depan seganlah pulak…nanti org tu kata..apa hallah makcik ni ambil gambar dia…pembakar sate pun pakai baju t shirt bertema purple siap ada tulis lagi tu…

Ira ashik makan ni aje..tak jamah yang lain.

Selamat Pengantin Baru Yem dan Yanie…semuga berbahagia selamanya…

Ingatkan nak buat tarian kuda kepang…rupanya intro aje…

Rupernya menari lagu lain….Selingan masa pengantin tengah makan berdamai…anak daro sapelah ni kannn..

Kek 3 tingkat…lawalah…bilalah akak nak pandai buat kek macam ni….

Mak-mak saudara yang havoc…kat belakang sekali pakai baju hitam sebelahpengantin lelaki tu pelakun tau..kawan baik dengan anak buah akak…tapi masa kecik dia fofular…dah besar ni kurang sikit…nak tenguk close uplah ye..

Last sekali ada tarian poco-poco..kesian pengantin perempuan kena buli….malulah tu…bestlah kendarat kat sini…memang rajin giler….baguslah macam tu…tak mcm kat kay ell.

Dalam pukul 5.30 kami pulang semula ke kuala lumpur…tak sempat nak hantar ira kat asrama…sampai dah malam….besok pagi pukul 6.15 pagi gerak ke rawang…

11 thoughts on “Kawin…kawin (Jaybee)/Bertemu Member Blog Lagi

  1. apa kata kak ina skali skala kak ina buat satay plak …..beli rempah sate kat dalam pasar coket kat mamak2 dlm pasar coket tuh …kuah sate plak nak sedap akak goreng semua bahan2 (cili kering, buah keras, bawang, dsb) dengan minyak …

  2. salam ain..tak joinlah ..malu see..memang meriah..meriah dari segi makanan..salam eedany..ala bukan susah buat roti john..senang sangat..cubalah buat..pakai roti burger pun boleh.salam kamsiah..cantik dan sedap tau rasa kek..kaum kerabat makan 1 yang besar..habisss

  3. salam momguess..gi ajelah kat kedai samsuri di kajang tu…makanlah puas-puas ye..salam mrsnor….memang best dpt jumpa member blogger ni…seronok sebab mereka semua ramah tamah.salam daydeck..memang seumur hidup tak pernah lagi buat sate..nantilah kalau rajin bolehlah cuba.nak beli rempah tu tak payahlah rasanya kot…buat sendiri lagi senang…duit minyak lagi mahal dari duit rempah..

  4. salam ai…sekali-sekali gi majlis macam tu meriah jugak..lain dari yang lain.salam cute miut…nak jejalan ke jay bee pun tak sempat..masa tak cukup..insyallah kalau gi lagi akak bagi tau ye..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s