Honey Squid(Sutun Madu) Dayangjack

Mana-mana akak gi ke blog teman-teman cyber sibuk buat honey prawn…oleh sebab akak tak ada stok udang akak gantikan dengan sotong…jadilah sotong bermadu…jangan kena madu udahlah ye….akak bubuh brokoli yang telah di rebus sebab malas nak masak sayur..ambil idea ni dari nor di kt…yang makan cuma akak dan hb…anak-anak menghabiskan sotong aje..

terima kasih dayang http://dayangjack.blogspot.com/ pasal bagi resepi yang enak ni..akak c & p ajelah ye..tapi edit sikit..jangan marah ekk?

bahan-bahan :

  • 400 gm udang basah (diperap bersama serbuk kunyit, garam dan 1 sudu makan tepung jagung selama 10 minit. Kemudian digoreng sehingga garing)-akak tukar sotong
  • 1 labu bawang besar*
  • 1 biji cili merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 sudu makan madu (dibancuh dgn 60 ml air)
  • 2-3 biji cili api (diketuk)
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan jus lemon
  • sedikit daun ketumbar (dihiris)
  • 1/2 sudu besar kicap pekat

Cara-cara :

  1. Kisar bahan2 bertanda *. Panaskan sedikit minyak di dlm kuali.
  2. Tumis bahan2 kisar hingga garing. Masukkan madu, kicap dan sos cili.
  3. Kacau sedikit. Kemudian masukkan cili api dan daun ketumbar.
  4. Setelah kuah agak kering, masukkan udang, jus lemon dan daun ketumbar.
  5. Gaul mesra selama 10 saat. Tutupkan api. Hidangkan.

Pastu buat air sirap berlemon….bubuh sirap kemudian perahkan lemon…masam-masam manis rasanya.

Semua ni akak kutip dari rumah dayang…terima kasih ye….sayang dengan dia….muaaahhhh

9 thoughts on “Honey Squid(Sutun Madu) Dayangjack

  1. Akak ni canggih btulla…. x pnah plak saya dengar honey prawn….honey squid lagila x pnah dengar….kalau sweet & sour prawn tu biasa dengarla juga heheh….selalu saya wat air siarp oren, akak ni mmg canggihla…air sirap lemon lagi🙂

  2. salam ain..alahai jauhlah nak hantar..ain buat sendiri ajelah ye..tambahkan skill memasak.salam ciklinn…try jangan tak try..sodap..salam e-marlin..lehlah cuba buat kat restoran kamu tu..canggih ke?akak pun ambik dari rumah orang lainlah.salam blogresepi..sekali-sekali kepunglah masakan tu dgn sayur-sayuran mcm tu..dah tua ni kena mkn yang mcm tu sepatutnya..tapi tekak ni tak leh pulak makan hari-hari macam tu..

  3. salam lelaz…tak apalah ye..dah ada member belikan.terima kasih remindkan akak..nasiblah..kalau idak nak buat apa sampai dua acuan takoyaki tu..salam ct….dulu akak kerja pun jarang msk..msk cincai-cincai..yang best mak yang selalu mskkan..jadi taklah pandai msk sesangat..dah berhenti kerja barulah hari-hari memasak..tq sudi jenguk blog akak ek..sudilah datang selalu.salam zura..cubalah buat..senang sesangatlah..petik jari aje dah siap..(ehhh tu kat kedai ye)..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s