Jumpa Member Blog Lagi

Hari Jumaat yang lepas pagi lagi akak dah keluar….lepas hantar imran ke sekolah terus ke sekolah ira di rawang…hari bertemu pelanggan (ambik report kad)…oleh sebab sampai awal ..orang tak ramai…cepatlah selesai…terus bawak ira balik.

Anak-anak Naiz http://naizworld.blogspot.com/..mak dia tak nak muka dia masuk kat blog…

Sampai kat rumah baru pukul 9.00 lebih…lepak kejap..pas tu jumpalah pulak member blog..nak bagi ex change gift..kat blog pinggan mangkuk lama (blog 2 akak) ada yang organisekan ex change gift (tukar-tukar hadiah antara member blog)..oleh sebab dia turun ke kuala lumpur akak tak yahlah poskan hadiah ke perak..bagi by hand aje..lagi puas hati sebab dapat bertemu muka..yang tak bestnya jumpa di perhentian jalan duta, kuala lumpur..sorrylah ye..jumpa kat tempat macam tu……borak pun sekejap aje..akak vbrommmmm ke tempat lain pulak…

Lepas tu terus ke taman ehsan di kepong nak jumpa lagi seorang member blog yang duduk di seberang laut di kota kinabalu sabah……halen http://myluvlykitchen.blogspot.com/..selama ni kenal cuma di alam cyber…kebetulan dia berkursus di kuala lumpur..jadi kami ambil kesempatan nak bertemu di alam realiti.

Terima kasihlah halen sebab sudi jumpa akak dan bagi ole-ole ni…walaupun akak sesat jalan nak gi ke rumah makcik kamu tu…..yang bestnya setakat ni akak kalau jumpa member blog semuanya mulut ramah tamah…tu yang seronoknya…kami borak pun kat restoren yang berhampiran…cuma minum aje…tak lama parents halen yang baru sampai dari kemaman, terengganu call nak gi keluar makan…

Balik buat nasi goreng dan prepare masak untuk makan malam..dalam pukul 11.30 malam kami bertolak pulak ke johor bharu untuk menghadiri majlis perkawinan anak buah suami……suami saje nak jalan malam … nak dapat diskaun 10% bila bayar tol…sampai ke jay bee pukul 3.30 pagi…aduiiii mengantuk di buatnya…borak-borak kejap pastu zzzz………zzzzlah jawabnya..

cerita kat sana nanti akak cerita lain kali ye..

3 thoughts on “Jumpa Member Blog Lagi

  1. salam watierman….terbang pakai kereta ajelah..psl org nak jumpa tak sanggup pulak nak hampakan..salam wahida…no problem..kan tiap-tiap bulan akak memang kesana..nanti bagilah no tel ye..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s