Hari ke3 dan terakhir/Terselamat dari kena ragut

Hari Ketiga dan Dah Nak Balik

Pagi-pagi lagi adik akak dah bangun nak hantar anak dia daftar ke politeknik kota bharu di kok lanas..pendaftaran pukul 8.00-10 pagi..yang geli hati tu dia boleh silap jalan nak gi ke rantau panjang..langsung tak sempat nak sarapan pagi.

Akak pulak nak jumpa member blog yang baru menyapa akak…mula-mula janji nak jumpa kat medan selera dekat hotel akak … bila sampai situ tak ada kedai yang bukak…lepas tu janji nak jumpa kat pasar siti khadijah…

Akak jalan kaki nak kesitu sambil lenggang kangkung dan pegang beg macam biasa. ..selepas hentian bas ni dah nak dekat sampai ke laman siti khadijah…….entah macammana tiba-tiba akak terdengar bunyi motor menderum kat belakang akak..dan kebetulan pulak akak tengah pegang handbeg kat bahagian depan…. tak lama tu terasa ada tangan nak tarik beg akak..nasib baik akak pegang kuat beg tangan ti…..rupernya ada budak motor nak ragut beg tangan akak….

Akak dah tergamam dan dalam hati berkata…alhamdulliah mereka tak dapat ambil beg….dah memang rezeki akak agaknya…….akak berdiri aje kat situ sambil pandang motor peragut tu memecut laju…tak teringat pun nak ambil gambar….ada 2 orang pekerja yang jaga tandas di susur jalan nak ke laman siti khadijah tu berlari keluar dan tanya….

Kenapa kak????????

Ada orang nak ragut beg saya…….

Naik motor apa?????

Motor merah … 2 orang budak muda..yang belakang pakai baju melayu…….

Memang orang yang sama…lain kali pegang kuat-kuat bila lalu sini…dan sandang kat ketiak..dah selalu dah orang kena ragut kat sini..minggu lepas orang dari perlis dah kena…..

Ye ke??? Tak apa lah terima kasih..nasib baiklah mereka tak dapat ambil beg saya….

Mereka gi balik ke tempat kerja mereka.

Lepas tu baru akak perasan ada tulisan bertanda AWAS PERAGUT kat situ…

Nasib baiklah mereka tak dapat ambil handbeg akak tu..kalau idak payahlah kan…nak kena report polis…hilang duit tak apa…pasal duit pun dah banyak habis beli barang…tang ic, lesen memandu dan segala kad dalam beg tu kalau hilangkan payah…

Akak berhati-hati bila dalam perjalanan nak gi ke pasar tu…takut dah…bila dengar aje motor kat belakang…akak kepit beg kuat-kuat….rupernya kat pasar ni dah tak orang berniaga di tingkat atas….dulu akak, mak dan abah selalu sarapan kat atas tu..ada macam-macam makanan kelantan yang di jual kat situ…..yang ada sekarang cuma tingkat bawah aje..bangunan sebelah tu dalam pembinaan..tak tahulah nak buat apa..

Bila sampai kat pasar siti khadijah…tak lama kemudian Mar http://marinimohamed.blogspot.com/muncul…lawa mek kelate ni..single lagi … eyida jangan jelous..sepupu kamu ni kan…dia datang naik motor…..hebat mek ni……Dia ada cerita dalam blog dia..ayah dia pun hilang motor kat kat sini..kalau nak tahu cerita tu..gi aje kat blog dia..

ehsan dari blog mar…bulatnya muka akak ni…

Jumpa kat kedai makan aje…tak kisahlah tu kan..janji tertunailah hasrat di hati masing-masing.

Akak beli nasi dagang lauk ayam kat gerai sebelah…mar tak makan cuma minum..nasib baiklah mar ni peramah..borak punya borak tak sedar masa dah berlalu…bila nak bayar duit air..akak tak duit kecillah pulak..si penjual tak ada duit tukar..terpaksalah mar yang bayarkan…aiseyman..malulah….

ehsan dari blog mar…pot pet..pot pet..tak habis-habis akak ni..

akak mintak diri nak balik sebab takut nanti adik balik dari kok lanas akak tak ada dalam bilik…membebellah pulak adik akak nanti….. Kami cadang nak balik ke kuala lumpur ikut jalan kuala terengganu…takut lambat pulak sampai…

Dia bagi ole-ole untuk yana dan akak.Tak tahulah mana satu pilihan yana…nanti suruh yana pakai masa dah sampai kat india pastu kirim gambar kat akak..

buat susah-susah aje si mar ni…terima kasih sudi berjumpa akak ye…..ayah dia kerja kat tempat buat baju ni..sape yang berkenan bolehlah order kat dia..

Niat di hati nak gi kat muzium ni..tapi takut pulak seorang-seorang lepas kejadian pagi tadi….ambil gambar aje udahlah..

Masa nak lintas jalan ni pun akak kepit handbag kat ketiak…bila dengar bunyi motor aje..akak dah fobia…..nasib baiklah akak tak terjatuh ataupun patah tangan/patah kaki/tercedera…..tentu haru di buatnya kalau masuk hospital kat kota bharu…

Adik sampai balik kat hotel nak dekat pukul 12.00 tengahari dan terus isi barang dalam kereta …akak ambil giliran bawak kereta dari kota bharu ke kuala terengganu…dalam perjalanan berhenti makan durian tepi jalan..pasal tak tahan tenguk durian berlambak-lambak kat kelantan..

Nak dekat 3 jam jugak perjalanan dari kota bharu…sampai kat pasar payang dah petang..penjual ni kan ada masuk dalam tv3…akak belilah sikit barang dengan dia…kesian tenguk dia ni….tapi ajak ambil gambar tak mahulah pulak…terpaksalah curi ambil gambar dari belakang.

Beli keropok kat sini..baguslah pakcik ni ..jual murah keropok pedas..kat tempat lain mahal sikit.
Adik pulak ambil giliran bawak kereta…mereka nak gi pulak ke tempat ni…taman tamadun islam…..nak masuk ..tapi dah tutup…tenguk dan ambil gambar dari luar ajelah..

Tertunailah hasrat dihati adik dan mak nak tenguk masjid yang gah di kuala terengganu ni..luper pulak nak tgk stadium yang runtuh tu..

Singgah pulak kat kedai keropok lekor losong..beli nak bawak balik…orang kata keropok losong ni sedap…adik beli jugak yang dah di goreng.

Mak tengah cari duit..nak bayar..

Tak senonoh betul adik akak ni…dia suruh ambil gambar dia makan keropok lekor mentah yang masih panas lagi selepas di rebus……jangan silap faham ye…

Sedap katanya makan macam ni…anak-anak dia dah tergelak dah…otak kuninglah mereka ni…

Sampai kat kerteh dah pukul 8.00 lebih…kononnya nak ambil gambar api keluar kat corong..tapi adik akak bawak laju..yang ni aje yang best…..sekarang ni dah tak boleh berhenti ambil gambar kat situ…ada orang jaga. Lepas solat kat masjid di cherating..dan makan malam…akak pulak bawak ikut lebuh raya timur barat. Memang mengantuk dan dah penat masa tu..tapi adik ajak borak..takut jugak jalan memalam kat situ..gelap gelita..orang lain pecut..tapi akak bawak tak lebih dari 100km..takutlah..banyak nyawa kat belakang…

Sampai kat karak adik pulak ambil giliran dan alhamdulliah kami selamat sampai kat rumah lebih kurang pukul 1.15 pagi…adik terus balik ke shah alam..entah pukul berapalah dia sampai…

Penat memang penat…tapi seronok…dan kepada member-member blog yang akak jumpa di kota bharu, kelantan terima kasihlah di atas layanan yang mesra dari orang pantai timur dan sudi meluangkan masa nak jumpa dengan akak dan semuga kita akan berjumpa lagi dimasa akan datang.

Dah habis dah….

18 thoughts on “Hari ke3 dan terakhir/Terselamat dari kena ragut

  1. assalamualaikum kak ina,maaf ya kak, hari ni baru sempat jenguk blog akak slps akak balik ke KL. mashaAllah… kesian akak dapat pengalaman macam tu. kakchik pun naik gerun naik jalan-jalan sekitar kawasan tu. sekitar pejabat kakchik pun banyak kes ragut. menjadi-jadi pula sekarang ni. alhamdulillah kak ina selamat.

  2. salam aunty, saya dgn rasa bersalahnya tak sempat nak jumpa aunty. InsyaAllah nanti bila saya balik lagi, kita jumpa la…sempat jumpa beberapa org je masa balik tu…jadual padat plak….Alhamdulilah terlepas dri kena ragut, hati2 selalu

  3. salam kak ina..dlm byk2 cite psl trip ni sume bes..tang nak kena ragut tu jek yg x bes..seb bek la kak ina x apa2 kan..x dpt nak dibayangkan klu kena ragut gan cara mcm tu…ishhh…minta simpang ye kak ina..

  4. salam akk.wahh…pnjg crita perjalanan hari ke-3 ye.siap promote brg sy lg 2.hehe..pepun alhamdulillah, terselamat drp kena ragut..k,insyaallah jmpa lg di lain waktu =) akk pun jmput2 la dtg klate lg.jgn serik dgn peragut ye =p

  5. Dah sampai ke Kelantan rumahnya ina ni…nasib baik peragut tu tak berjaya meragut beg ina…Memang bukan rezeki dia…Kena berhati2 bila berjalan tmpat2 yang begitu…mereka mencari peluang aje…

  6. amvoii…kak ina kita ni jalan2 carik makan ye..berhati2 jenjalan tu kak…acik tk penah bawak henbeg…salah satu sbbnya sbb ini lah..ragut nih…salu masuk dlm poket je deduit nih…nak ragut, ragut la suar2 acik ni skali…errr..

  7. Nasib baik akak sempat pegang beg tu kuat2… ramai betol org jahat sekarang. Yg nak dpt duit mudah cari nak meragut jer… hampeh betul. eeish..geram la bile pikirkan budak2 muda yg dok buat keje mcm tue… emosi plak kite.heheh

  8. kak ina…nasib baik kak ina tak apa-apa kat KB tu. Norma sedih baca kak ina balik KL melalui jalan K. Terengganu…sbb teringat rumah norma kat Dungun tu..mesti kak Ina lalu Dungun kan? Kalau Norma ada kat Dungun, boleh jemput makan malam kat rumah :(…

  9. thank godhmm..just imagine ler klu akak betul2 kena ragutmight be akak ade baca surah2 kot before kaur umah?cam ayu sendirieven simpn beg elok2 time bawak motor pun still phobia gak sbb time kwin2 duludepan mata sendiri member kena ragut dr atas motorhmm…alhamdulillahselamat akak…

  10. mualaikumsalam kak chik..benda nak jadi kita tak tahukan..alhamdulliah tak jadi apa-apa.salam arsaili..tak apa..insyallah jika ada peluang kita dapat berjumpa nanti..salam ain..entahlah anak-anak muda skrg ni..ashik nak berseronok aje..nak cari wang dgn mudah..tak nak berusaha..salam cik min..muga-muga pengalaman tu tak akan berulang kembali..di jauhkan lah dari peragut ni..lepas ni kena berhati-hati..

  11. salam cik mar…tak serik nak gi kelantan tu..insyallah kali ni nak gi dengan familylah pulak..salam aNIe..kena berhati-hati terutama di kuala lumpur..salam nor..adik gerunlah nak jalan kat situ memalam..tkt jadi apa-apa..tak kisahlah jalan jauh…dia pun suka tenguk pemandangan tepi pantai.salam lupekanje..memang dah takut dah nak pegang beg mcm tu..salam blogresepi..nak buat camna..akak pun tak sangka benda ni boleh terjadi..ingatkan tpt tu selamat.

  12. salam nj..kesiannya kamu teringat kat tpt tinggal kat dungun tu..sorrylah ye..memang lalu..insyallah kalau kamu dah balik sini..lehlah akak singgah jika akak lalu jalan tu..salam nasir..nasib baik kamu perasan signboard tu..tulah skrg ni kita kena berhati-hati.salam atty's..alhamdulliah tak jadi apa-apa..semuga benda tu tak terjadi lagi.salam geraugebang..memang sedap di makan panas-panas keropok lekor tu..akak beli lebih..simpan dalam freezer..salam sidratul..kamu tgk depan mata..lagi takut kan..akak dah fobia dah ni bila ada motor kat belakang..salam ai…alhamdulliah akak selamat.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s