Kota Bharu Part 2-Hunting/Jumpa Member Blog Lagi


Hari Ke 2

Pergi sarapan kat pasar lama…adik dan anak-anak dia makan roti canai…akak mestilah cari masakan asli kelantan … nasi kerabu…murahnya … baru RM1.50 tapi cuma ada ikan masin…tak ada daging bakar, telur asin, solok lada ataupun ikan goreng tepung macam selalu yang akak beli di pasar greenwood.

Lepas tu terus gi ke rantau panjang…nak tenguk jugak tempat ni pasal dah lama tak pergi..tunggu adik isi minyak…sempat jugak berposing.

Anak buah bergaya atas motor orang thailand…lawa lah motor ni…comel aje bentuknya.

Bila sampai kat rantau panjang … kedai baru bukak … suasana masih lenggang… tapi bagi akak dah tak berapa happening….kami pun tak banyak beli barang…cuma beli barang makanan macam kacang gajus…dodol…

Sebelum balik dari sini sempat lagi bergambar…mak akak siap peace lagi…..sekejap aje kami di sini…pasal tak shopping sakan..jalan-jalan aje..

Lepas tu pergi pulak ke pengkalan kubur..akak memang tak pernah pergi kat sini..first time datang……adik bawak anak-anak pergi jeti..tenguk feri yang nak gi takbai, thailand… bila pusing balik jururawat suruh buat saringan H1N1..mereka ingat dia orang dari sebelah thailand…terpaksalah adik bagitau perkara sebenar…kat sini tak beli apa-apa…jalan-jalan aje…

Lepas tu kami gi pulak ke pantai tujuh…pasal dah dekat dengan pengkalan kubur..cantik jugak view kat sini…

Kat sini ada jugak chalet yang boleh di sewa…

Ada jugak di jual benda ni..tak tahu nak panggil apa…baru member blog bagi tau..etok nama dia..terima kasih pb…

Sempat lagi beli laksam, laksa dan kueh kelantan kat orang jual ni..orang yang jual ni orang melaka…nikah dgn org kelantan…dah tak nak balik melaka lagi…nak stay kat sini…tak stress katanya…semua murah belaka…kalau duduk kat chalet ni contact aje dia..

Sempat jugak beli beraneka ikan masin yang dibuat sendiri mak cik ni…beli pasal nak buat makan bulan puasa nanti. Best tenguk ikan masin yang masih baru..

Kat sebelah tempat jual ikan masin tempat pengumpulan ikan…best betullah tenguk ikan baru naik ni..

Lain kali bolehlah stay semalam kat sini sambil membakar ikan…bawak perkakas sendiri…adik ipar pegang ikan entah apa ke nama dia…

Masa ni ikan tak banyak sangat…Lepas tu kami bertolak pulang se mula ke kota bharu… kami makan di medan selera berdekatan dengan sungai dan masjid muhamadi..(dekat hotel akaklah tu)..janji dengan nasir dari kuala lumpur nak hunting barang lama bersama nor. Lepak sekejap di masjid dan tak lama berjumpa dengan hajar isteri nasir…kami tunggu nor kat parking depan masjid.

Akak tumpang naik kereta nasir aje……kami ke Pauh Panji…..nasib baiklah nor tunjuk jalan..kalau idak tentu sesat…tapi nasir ni ada gps..mungkin senang nak jumpa…akak beli taklah sebanyak nasir…akak beli seciput aje..nasir ni dia penjual inggan mangkuk lama ..mestilah labur lebih dari akak…okey jugaklah tempat ni..mak datuk.. tak tahanlah..mcm biasalah..berpeuh di buatnya……tapi puas hati pasal masih banyak pilihan…..

Masa di kedai di pauh panji ni…dj fiza call nak jumpa akak … nak bagi sikit barang..oleh sebab akak tak ada di bilik…akak suruh adik akak tolong ambil kan..terima kasihlah fiza kerna bersusah payah nak bagi benda ni..

Bersama isteri nasir dan anak-anak dia….masa gi kat kedai dia di bbb..akak bagi tau akak nak gi kb..dia pun nak gi pada tarikh yang sama….jadi kami rancanglah nak gi hunting barang lama…Lepas hunting barang lama kat pauh panji kami ke selinsing..tapi nasib tak menyebelahi kami..kedai tutuplah pulak..pasal dah lewat petang…..yang eloknya rm tak terbang lagi..lepak minum kat kedai makan..encik nasir yang belanja..terima kasih ye nasir. Lepas tu nasir hantar akak dan nor balik ke rumah dan ke hotel.

ehsan dari blog nasir http://nassir79.wordpress.com/
Dalam pukul 8.00 lebih akak jalan kaki aje ke hotel nasir ni pasal dekat sangat…lepas tu gi ke rumah nor….mak datuk……teruja akak dengan koleksi nor ni…geram dan jelous tau nor…

Bersama nasir dan family … sape nak beli pinggan lama/perabut nusantara leh lah ke blog dia

koleksi tombak pun ada..

Yang ni pun ada..

Kami di hidangkan dengan makanan yang sedap…habis licin mee goreng tu..ada cupcakes dan jugak blueberry cheesetart.

Borak punya borak…. cepat sungguh masa berlalu…kami minta diri dengan tuan rumah..nor bagi akak pinggan lama untuk kenangan..terima kasih ye nor …kerna sudi terima akak dan nasir datang ke rumah kamu…

nasir ajak akak jalan-jalan ke pasar malam wakaf che yeh (betul ke idak ejaan dia tu) tapi akak dah tak larat…suruh nasir hantar akak balik ke hotel…penatlah..

terima bebanyak kerna nasir bersusah payah ambil dan hantar akak..nanti jumpa di kuala lumpurlah pulak ye..

bersambung…

5 thoughts on “Kota Bharu Part 2-Hunting/Jumpa Member Blog Lagi

  1. salam nassir..memang best..dpt pulak jejalan naik kereta kamu..salam de sal..padat betul acara kat kelantan..best dpt jumpa member blog..nasib baiklah tak ramai sangat.salam fazilzura..jejalan memang best…bila balik penatnya…salam pB..ooo etok nama dia..akak baru tau..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s