Kota Bharu Part 1 – Jumpa member blog pantai timur

Memang rindu nak update…tapi ponek tak hilang-hilang lagi…badan rasa tak sedaplah pulak..almaklumlah badan dah tua ..ibarat dialog p. ramlee….dah tua nak ma*pu*..tak sedar diri…bukan akak cakap ye…

Yang paling tak tahan pasal mata ni susah sangat nak bukak….ada member blog yang baru sampai dari jauh pun akak tak sempat nak jumpa…reenaz turun ke kl..akak pulak ke kota bharu…tak ada jodoh nak jumpa…dia dah nak check out nak gi ke seremban dan lepas tu pulang ke johor bharu…..kesian dia…hajat nak makan masakan akak tak tercapai…akak memang tak masak hari selasa tu …kami makan nasi goreng aje..tu pun suruh yana yang goreng nasi…….kesian reenaz…akak minta maaf ye banyak-banyak..

..sampai kat kuala lumpur pukul 1.15 pagi…ni gara-gara adik akak nak balik ikut jalan kuala terengganu-cherating-lebuhraya timur barat…jalan-jalan katanya…ada anak-anak dia tak pernah gi ke kuala terengganu se umur hidup..last akak pergi ke kota bharu sebelum ada imran.

Anak buah yang pemalu…nak hantar dia nilah ke politeknik kota bharu di kok lanas… sebab dialah akak di ajak oleh adik akak .. dia tak larat nak pandu seorang-seorang…badan dah tua…takut tak larat…anak dia ni ada lesen tapi lesen p…tak boleh percayalah anak muda nak bawak jauh-jauh… nanti dia rempit kat jalan raya..orang mula pegang stereng ni..nak pandu laju aje….mula-mula akak tak nak pergi pasal anak buah belah suami akak gi nikah kat felda serting di bahau pada minggu yang sama…..tapi kesianlah pulak…ikut lah jugak sambil jalan-jalan.

Hari Pertama

Janji nak tolak selepas subuh..akak memang dah siap dah…sarapan pun ala kadar.. nak ikut orang mana boleh lambat kan….lagi pun suami dan anak-anak tak ada..tunggu punya tunggu tak sampai-sampai lagi adik akak ni..nilah di katakan janji melayu…dalam pukul 7.30 barulah dia sampai dari shah alam.

Adik akak salahkan isteri dia ..katanya isteri dia masaklah…sidai bajulah (biasalah tu..orang lelaki ni mana nak salahkan diri dia) bukannya dia nak menolong..tapi membebel aje kerjanya.

Adik jadi pandu kereta dari gombak ke lipis…akak tak beranilah bawak jalan kat lebuhraya karak tu…dulu berani sekarang ni rasa gerun pulak tenguk jalan turun bukit naik bukit .

Sampai kat pekan raub ada accident…macammanalah lori ni boleh terbalik ….tak tahulah kenapa…sebab lori ni jalan nak ke lipis jem…adik akak malas nak tunggu kami u turn kat jalan lain…bila sampai di petronas dekat nak sampai pekan lipis…adik isi minyak dan akak pulak ambil giliran . Biasalah orang perempuan kalau bawak kereta jarang merempit…slow and steady aje..

Bila sampai kat jalan turun bukit naik bukit (luperlah pulak apa ke nama jalan tu) ada motor langgar belakang kereta iswara..nasib baik pemandu dan pemboceng tak apa-apa..cuma rim tayar bengkok….dan mereka tergolek kat jalan raya..cedera tak cedera akak tak perasan.

mana tak accident…dia potong kereta kami sambil berborak…tangan tunjuk sana…tunjuk sini…bila lori nak naik bukit tinggi terpaksalah kereta kat belakang brake..mamat ni tak perasan agaknya..langsung di langgar belakang kereta tu..kebetulan kereta kami kat belakang dia…..nasib baik jugak akak bawak tak laju dan akak sempat brake..anak-anak buah dalam kereta menjerit kuat…berderau darah akak…….kalau laju tentu akak dah langgar mamat tu….(kalau idak dah jadi arwah) nanti kami jugak yang susah..

tapi tak sempat nak snap sebab akak yang pandu kereta. Nasiblah kereta iswara nak berhenti..tapi sakit lah jugak nak tolak motor naik bukit dan turun bukit…

Sampai kat masjid di gua musang…kami berhenti makan di sini.

Adik ipar bawak nasi, timun, ayam goreng dan ayam masak merah. Akak bawak rendang daging dan mak akak bawak bihun goreng. Anak dara adik akak.

Adik dengan anak bongsu yang sebaya dengan imran…bezakan akak dengan adik akak..kulit dia hitam sikit..isi dulu sebelum ambil giliran nak memandu…bayangkan 10 orang tau dalam kereta unser hitam ni…padat sepadat-padatnya…anak dia 6 orang campur ibubapa 2 orang..akak dan mak yang nak ikut jugak ke sana.

Lepas makan adik akak pulak ambil giliran dia….bila sampai kat manik urai..mak datuk meriahnya …. penuh bendera tepi jalan.

Bulan tengah mengambang ada…

Dacing pun ada..

Semuga pengundi di manik urai dapat membuat pilihan terbaik…tapi banyak betul polis kat sini..kereta fru pun ada…macam nak berperang aje gamaknya…semuga tak jadilah perkara yang tak di ingini.

Besar sungguh bendera bulan mengambang..sebab nilah hotel di kota bharu full house..adik nak booked hotel yang ada lift..hotel indah..tapi fully booked oleh rombongan dari kelang dan ipoh nak ke sini semasa penamaan calun.

pemandangan dari bilik di tingkat 3

Alhamdulliah selamat sampai kat hotel dalam pukul 2.00 lebih…kami berehat di hotel ummi..dulu di panggil hotel aman….kami dapat bilik pun di tingkat 3…pengsan di buatnya turun naik tangga. Tak ada lift pulak tu….kesian dengan mak akak..tapi rajin pulak dia gi solat kat masjid kat bawah tu. Luper nak ambil gambar hotel…

Dulu masa akak ikut mak dan abah berniaga kain memang kami stay kat hotel ni..abah dan mak memang suka duduk kat sini..pekerja baik-baik. Yang bestnya pasal hotel ni dekat dengan masjid muhamadi, medan selera, muzim, pasar lama dan pasar siti khadijah dekat…nak pergi ke semua tempat tak payah bawak kereta.

Tak banyak perubahan di kota bharu ni…cuma sekarang ni di tepi sungai tepi medan selera dah ada hotel dan bangunan baru.

ambil dari blog kak chik…tq..

Bila dah lepak sekejap akak call dj fiza (kelantan fm) http://fizaicookies.blogspot.com/ nak jumpa petang nanti.. ingat nak jumpa jugak dj linn tapi dia ada hal lah pulak. Takziah buat dj linn kerna kematian arwah bapa mertua. Cun jugak si fiza ni…single mingle lagi..putih melepak…

Fiza datang ke hotel akak nak bawak jumpa kak chik http://keluargakusayang.blogspot.com/…kak chik tengah berniaga…..kecik rupernya kak chik ni..mulut boleh tahan riuh jugak..al maklumlah orang bisnes..kami bersembang kat situ sambil belek-belek buku yang di jual di gerai kak chik…cuma nampak mata kak chik aje..sambil pot pet..pot pet..akak cuba bayangkan macam manalah muka kak chik ni…mata kecik aje..rasa nak jenguk aje bawah kain tu…(maaf ye kak chik..gurau aje)

Kak chik berniaga di sini (ehsan dari blog kak chik) seronok tenguk orang perempuan yang rajin berniaga macam kak chik

Adik kak chik yang peramah jugak..agaknya muka kak chik ni sama tak dengan muka adik dia…..(gambar ni ambil kat blog kak chik jugak)

Terima kasih kerna sudi jumpa kami berdua…lepas ni fiza dan kak chik lehlah berjumpa selalu…fiza boleh tolong promosi kedai kak chik…cakap jugak dengan fiza…kamu duduk kat kb tak jumpa lagi kak chik ni…akak yang duduk jauh bawak kamu pulak jumpa kak chik…jangan marah ye fiza..nanti kena jual….

Ajak kak chik bergambar di rak buku pts yang jadi kegemaran anak-anak remaja sekarang ni..akak sambar satu buku buat ira. Thank you kata akak awet muda….perasanlah akak sekejap…. Semuga perniagaan kak chik bertambah maju dan semuga kita dapat berjumpa lagi di masa akan datang.

Lambaian selamat tinggal dari fiza buat kak chik…terima kasihlah fiza kerna hantar akak balik ke hotel..luper nak ajak dia lepak…sorrylah ye fiza..akak tak ingatlah…balik ke bilik makan makanan lebihan tengahari dan lepas tu terus lepak…ada member blog dari kuala lumpur yang kebetulan datang ke kota bharu ajak makan ayam percik tapi akak dah tak larat nak pergi..penat…

bersambung….

8 thoughts on “Kota Bharu Part 1 – Jumpa member blog pantai timur

  1. salam kak ina..wahh bestnyer dpt jenjalan ke kota bharu..paling best dapat jumpa member blogger kt sana tu..kalau diizinkan ada rezeki nak jugak eiyda jumpa ngan kak ina..;)

  2. akak, nanti datang kb, bolehlah kita makan bersama ya. rasa terkilan sikit tak dapat jamu akak dan fiza makan hari tu.terima kasih banyak ya kak ina sebab sudi nak ke gerai kakchik untuk berjumpa. Allah takdirkan akak datang maka kakchik pun dapat berjumpa dengan fiza juga.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s