Ayam Seribu Rasa


Mula-mula tenguk nama ayam ni..risau jugak takut pakai bahan yang bermacam-macam..rupernya senang aje nak masak ayam cam ni…resepi asal dari Myresepi tak akak c & p dari rumah Puan Ummi di Kuantan. Setelah di perap akak goreng separuh ayam ni…sedapppp

Bahan:-
  • 1 ekor ayam (sederhana besar, potong ikut suka)
  • 1 mangkuk kecil air
  • 4 sudu besar minyak masak
  • 3 sudu besar kicap manis
  • 4 sudu besar sos tiram
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar jus oren
  • 2 sudu kecil lada hitam – tumbuk
  • 1 sudu besar badam – tumbuk
  • 1 inci belacan
  • sedikit garam
  • serbuk perasa (*ummi letak gula sedikit)
Bahan-Bahan Kisar:-
  • 1 inci halia
  • 4 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 tangkai cili kering
Cara Memasak:-
Ayam dipotong dan dibersihkan. Perap ayam selama 2 jam dengan kicap, sos tiram, sos tomato, garam dan jus oren. Masukkan juga lada hitam dan buah badam yang telah ditumbuk tadi. (lagi lama perap lagi bagus). Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan bealcan dan sedikit garam lagi serta serbuk perasa. Masukkan air. Biarkan mendidih dan masukkan ayam yang telah diperap tadi. Gaul rata dan kacau seketika. Biarkan ayam masak dan kuah agak kering. Angkat.

Akak perap 1 1/2 ekor ayam…pasal semua ada kat rumah. Separuh masak macam resepi di atas dan separuh lagi akak goreng…tapi tak ada gambarlah pulak..anak dara bawak kamera gi ke kolej masa tu.

11 thoughts on “Ayam Seribu Rasa

  1. salam maz…alahai lepas raya barubalik..tak dptlah merasa betapa meriahnya hari raya kat sini. nak buat camna kan..sabar ajelah.salam nj..akak makan dengan nasi biasa aje..nak buat nasi sedap kena tunggu anak-anak ada kat rumah semua..barulah best kan..salam moi..tgk bahan memang senang nak cari kan…cuma nama aje yang agak glamour.salam hasni..nampak sedap..rasanya belum tentu..ha..ha..ha..taklah sedap rasanya.salam mama tiara..sedap memang sedap.salam fa..nama canggih..rasa pun sedap.salam blogresepi..lagi best rasanya resepi kat rumah kamu tu.

  2. hai akak bestnya keje kat petronasnt leh la juin anak akakheheakak keja apa ye?erm,saya student umamik kos bioteknologiskrg wat parktikal kat jbtn veterinarkeja sy more to pembiakbakaan haiwan ternakan..lbh kurg gitula..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s