Jumpa member blog dan macam-macam cerita ceriti

Semalam lepas ambil imran di sekolah dalam pukul 4.00 petang akak gilah ke rumah akak di seri kembangan…sebelum tu saje aje main-main dengan si noorma di http://cendanakasih.blogspot.com/ (blog yang banyak resepi) kata nak datang umah dia…nasibbaiklah dia jemput datang…..pasal nak gi rumah akak memang lalu depan rumah dia…

Bila sampai kat esso akak call tapi tak dapat-dapat…dia ada bagitau jangan call tapi hantar msg…akak ni terlupa…akak hantar msg dan terus ke rumah akak dulu…baru aje parking dia call…tak apalah akak naik rumah akak dulu…suruh imran mandi dan solat dulu..

sebelum ambil gambar … minta kebenaran nak masukkan muka dia dalam blog…nasib baik dia nak…klu idak ambik gambar tangan dia udahlah…tq ye noorma sudi nak berposing berdua..bezakanlah badan kami berdua…ahakkk

Dalam pukul 6.00 ptg barulah bertolak balik ke rumah dia….alhamdulliah dia dah ada kat rumah…kesianlah dengan noorma…dia kelam kelibut nak sambut akak..siap goreng mee dan buat puff ..sempat jugak dia masak ..walaupun dia penat mengemas dan keluar gi ke bukit antarabangsa…si imran dengan tak malunya siap menambah.…mak sedaplah mee achik tu…budak-budak tak cakap bohong tau noorma…maknanya masakan kamu ada class..dalam rumah pun lawa….

Terharu rasa di hati dia tau akak minat pinggan lama…dia hadiahkan akak pinggan ni…memang akak nak cari bunga kekwa merah ni..pasal baru dapat satu pinggan makan…dia bagi piring 2 biji..pastu satu pinggan makan bunga ros hitam…gambar tu nanti akak tunjuk kat blog pinggan mangkuk ye……dengan hati yang penuh gembira akak tadahkan tangan terima pemberian dari noorma…..alahai malunya…dahlah datang dengan tangan kosong…dapat pulak hadiah lagi…terima kasih ye noorma…kalau ada bagi lagi…hi….hi…hi..

Sampai kolej yana dah dekat pukul 7.00 petang…dalam perjalanan akak dah call suruh angkut segala barang dia ke bawah…kang nak mengangkat dari tingkat 4….tak larat akak nak turun naik…

Nilah kolej ktt tempat yana study dan ambil a level/kursus bahasa ….

Pejam celik…pejam celik nak dekat 2 tahunlah dia duduk kat sini…walaupun tempat ni tak memuaskan …..sebab macam rumah kedai…kat atas tu asrama …. tapi tak boleh komen tau…jpa yang hantar…

Kat bawah nilah library…pejabat…cafe…oleh sebab tak muat terpaksalah budak-budak lain duduk kat rumah teres yang di sewa oleh pihak kolej….satu rumah 2 tingkat..kena duduk 10 orang..selalunya pelajar baru yang kena duduk situ….lepas senior keluar…. barulah yana dapat duduk kat asrama atas kolej ni…sebenarnya nak tunjuk pada NUR NINA dari Perak yang akan belajar kat sini pada bulan Julai nanti…harap nina puas hati ye tenguk gambar ni..dan selamat berjaya menghadapi peperiksaan a level sebelum gi ambil medic di india..

Lepas tu terus pecut ke bandar baru bangi….seksyen 7 …..dah janji nak jumpa encik nasir …yang bukak kedai perabut dari indonesia…dan juga jual pinggan mangkuk lama…

Nasib baiklah anak akak ada sistem gps..jadi tak lah mengelabah nak cari tempat encik nasir ni..pasal akak memang tak berapa pandai jalan kat sini…ni tangga nak naik ke kedai cik nasir..macam-macam ada..

Suasana dalam kedai ni…gelaplah sikit gambar…kalau sape yang minat gaya bali/nusantara bolehlah gi ke sini…banyak pilihan…nak beli pinggan mangkuk boleh…nak beli perabut pun boleh…sesape yang berkenan…bolehlah ke laman web beliau…..http://mrorchidbangi.com/ ataupun http://pingganlama.wordpress.com/ harga boleh di runding…betul tak encik nasir..

Gambar ni gelap sedikit..

Yana dan imran kebosanan menunggu mak dia cari pinggan lama..kata sekejap…rupernya lama..kononnya lepas ke sini nak ke kedai bakeri vanilla di bbb tu … noorma kata cari improver 2000…nak bagi roti lembut…tak sempatlah pulak..kedai dah tutup…encik nasir suruh isi borang kasi selidiklah pulak..kalau ada rezeki dapatlah hadiah melancung…

Nilah harta karun yang akak beli…rupernya tak mahallah encik nasir jual…sebab tu akak booked lagi barang kat tempat dia…dia boleh bertolak ansur….jangan jual ye apa yang akak nak booked tu tau encik nasir….akak nak tunggu duit dalam dompet kembung balik…akak tak beli banyak…sebab belum gaji…tak apa…nanti nak gi lagi…dah tahu kedai senanglah sikit. Gambar pinggan ni akak tunjuk kat blog lagi satu. Lagi pun nak tolong peniaga bumiputra berniaga (betul tak alasan akak tu…ashik beli kat apek cina aje)

Dalam pukul 9.00 barulah urusan selesai…perut akak dan anak-anak dah lapar… jalan-jalan cari makanlah pulak..call adik ipar yang tinggal kat bukit mahkota, nilai…mana tempat yang best kat area bbb ni..dia kata cari jalan nak ke tol kajang … ada satu tempat makan nama soho…macam-macam ada kat situ..

Jumpa kedai makan ni tapi kat seberang jalan…nak u turn tak boleh..terpaksa msk ke highway nak gi ke uniten..pastu tak jumpa jalan nak ke sini balik.kalau tak jumpa jalan..akak dah cadang kita makan aje dikuala lumpur……nasib baik ada gps yang menyelamatkan keadaan…rupernya ada satu jalan nak ke situ…order abc dan terliur pulak tenguk iklan tahu bakar. Nasib baik sedap.

Akak call anak sulung akak yang ada kat kolej gmi di bbb dan suruh datang join kami…dia mintak chicken chop sama macam si imran makan. Orderkan suami akak puyuh goreng masak kicap dan nasi putih..al maklumlah hari ni cuti masak..sekali-sekali tak apalah….apa-apa pun enjoylah semalam walaupun penat…… (ala..anak akak yang bawak kereta…akak melentuk aje kat sebelah) sampai kat rumah nak dekat pukul 11.00 malam…nasib baik akak sampai dulu dari suami akak..setiap rabu dia main bowling tajaan office dia..

19 thoughts on “Jumpa member blog dan macam-macam cerita ceriti

  1. ala kak, benda kecik jer tu, daripada saya buang pinggan lama tu, baik bagi kat akak…nanti kalo balik kg, kalo ada saya rembat untuk akak!!

  2. salam kak ina, bca tak pm kat forum myresipi? za letak no tepon za kat situ!kak ina, anak kak ina belajar kat Kolej tu ya? adik za pun! dia baru je habis belajar bulan ni, buat A Level utk program medic India..za selalu jugak gi jenguk dia, tapi tak pernah lah pulak terserempak dengan akak dlm masa dua tahun ni!!

  3. kak ina…tgk gambar pinggan yg kat atas tu teringat zaman kecik2 dl… makan kat pinggan tu ler..hihihihi…skang dh tak de daahh…abis dipecahkan dek kucen2 kat umah

  4. Ina KL…akak ada 2 biji pinggan bunga ros…anak akak suka makan guna pinggan tu…begitu juga ayah dia…jadi masa balik rumah mertua dia mintak nenek dia 2 biji…Susah nak dapat pinggan tu sekarangMenu makanan yang dipesan mengecurkan air liur…

  5. terima kasih la akak mempromo kedai saya..insyaAllah harga nya boleh dirunding..hehe"Lagi pun nak tolong peniaga bumiputra berniaga (betul tak alasan akak tu…ashik beli kat apek cina aje)"hahaha..ni mcm ada satu kes yang panas skarang ni..hehehtakpe la kak,orang tu klu datang kedai apek,apek tu bagi layanan mesra dgn senyuman manis.kalau beli orang kita,mungkin jatuh la stended dia :p

  6. alahai seronoknya dpt jumpa kawan ye kak…itu rupanya rupa paras noorma ye..hihihi…baru nampak…nanti kalau saya balik n turun kl blh jumpa akak..kan?p/s: makin rancak akak kumpul punggan…teruskan akak!

  7. salam yanie..nak jumpa kat mana..nanti rogerlah ye..salam noorma..walaupun pemberian tu kecik tapi berharga tau..tq sekali lagi.salam nur nina..tentu tak sabar nak sambung balik study kan.salam zaliana..akak memang dah lama tak bukak myresepi..nanti akak bukak ye..insyallah akak call nanti…tulah walaupun tpt serupa kita tak pernah terserempak kan.salam lelaz…pinggan lama jadi tentulah banyak kenangan..dah pecah…nak buat mcm mana kan..sabar ajelah.salam

  8. salam umi_e..bukan tak nak bagitau..dah malam dan tak nak menyusahkan kamulah..dah dpt alamat nasir kan..dah gi ke belum?salam aNIe..tentu anak dan hb kamu seronok dpt makan pinggan lamat tu..sekali-kali makan kat luar best jugak..tapi tak tahan bila rm kena keluar lebihlah sikit..salam nj..seronok memang seronok..jejalan ke sana ke mari..nasib baiklah anak yang drive..taklah penat sangat.salam myza…satay kajang memang dah ada kat sini..tapi skrg ni sate fofular tu dah tak berapa sedaplah..salam mrsorchid…biasalah tu melayu tolong apek..nak buat camna..kdg-kdg cina ni pandai tackle pelanggan..pasal promosi tu no hallah..salam suzi…memang cinonet aje sinoorma..nanti klu balik sini bolehlah kita pulak bertentang mata..makin rancak mengumpul pinggan lama..makin kempislah dompet akak…ahakkkksalam sya..bila yana dah habis..memang jaranglah nak kesana..tapi insyallah kalau lalu kat situ akak singgah ye..sebenarnya malu tau nak singgah rumah akak..selalu akak gi tangan kosong …kamu pulak bagi makan sedap2.

  9. Begin over Our Downhearted Prices at http://www.Pharmashack.com, The ‚lite [b][url=http://www.pharmashack.com]Online Posologist's [/url][/b] To [url=http://www.pharmashack.com]Buy Viagra[/url] Online ! You Can also Espy Crucial Deals When You [url=http://www.pharmashack.com/en/item/cialis.html]Buy Cialis[/url] and When You You [url=http://www.pharmashack.com/en/item/levitra.html]Buy Levitra[/url] Online. We Also Companions a Mammoth Generic [url=http://www.pharmashack.com/en/item/phentermine.html]Phentermine[/url] On account of Your Victuals ! We Send away Pre-eminence marque [url=http://www.pharmashack.com/en/item/viagra.html]Viagra[/url] and Also [url=http://www.pharmashack.com/en/item/generic_viagra.html]Generic Viagra[/url] !

  10. Eure Seite ist echt schoen, aber da wir auch eine heisse Seite haben, auf der es Zwar um den [url=http://www.web-sex.tv][b]Livesex[/b][/url] geht, aber dennoch das ein bestandteil des Internets ist, moechte ich Euch die Seite auch mal vorstellen.Hier sind eben ganz private Frauen die mit einer Livecam zu hause sitzen um hemmungslos den [url=http://www.web-sex.tv][b]Sex[/b][/url] zu erleben. Mit einem Chat hast Du die Chance diese Sexgirls live zu sehen und mit ihnen ueber den Chat vorder Sexcam zu schreiben. Hier ist sie nun die geile und hemmungslose Seite fuer private Frauen die vor ihren tabulosen [url=http://www.sexakt.org][b]Sexcams[/b][/url] auf Dich warten.Schau rein und geniesse die Show!

  11. Eure Seite ist echt schoen, aber da wir auch eine heisse Seite haben, auf der es Zwar um den [url=http://www.web-sex.tv][b]Livesex[/b][/url] geht, aber dennoch das ein bestandteil des Internets ist, moechte ich Euch die Seite auch mal vorstellen.Hier sind eben ganz private Frauen die mit einer Livecam zu hause sitzen um hemmungslos den [url=http://www.web-sex.tv][b]Sex[/b][/url] zu erleben. Mit einem Chat hast Du die Chance diese Sexgirls live zu sehen und mit ihnen ueber den Chat vorder Sexcam zu schreiben. Hier ist sie nun die geile und hemmungslose Seite fuer private Frauen die vor ihren tabulosen [url=http://www.sexakt.org][b]Sexcams[/b][/url] auf Dich warten.Schau rein und geniesse die Show!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s