Mengambit Memori Silam


Bila dah tamat darjah 6 di sekolah kebangsaan jalan kuantan …..akak sambung belajar kat sekolah menengah (P) jalan temerloh….sekolah (L) bersebelahan masa tu…kalau nak gi sekolah kena tempuh sekolah lelaki..kalau naik bas turun kat jalan pahang….adusss…perasan sungguh bila jalan depan sekolah…kalau dengan member taklah malu sangat..klu seorang..hemmm..

masa darjah 5 ada jugak buat ujian sekolah rendah…yang menentukan samada kita akan dapat sekolah berasrama..akak tak dapat pasal tak dapat semua A…jadi sambung ajelah kat sekolah ni… .sekarang ni sekolah ni dah jadi nama lain lah pulak…dah jadi sekolah menengah kebangsaan titiwangsa…

Masa ambik gambar ni guard perempuan tu keluar nak marah pasal ambik gambar sekolah..tak sempat dia nak bersoal jawab dengan akak …akak dah habis ambil gambar. Bangunan sekolah ni masih sama…masa akak tingkatan 4 ..kelas akak kat bangunan ke 2 tingkat atas..tingkatan empat perdagangan. Sekarang ni kat belakang dah penuh dengan bangunan baru..tak pasti pulak bangunan apa…ira ada jugak mintak kat sekolah ni utk masuk sekolah kawalan dan akak suruh pilih sekolah ni…tapi tak dapat. sekolah kawalan nak 5A dan kena aktif dalam koko.

Dari rumah akak ke pekan setapak jalan kaki..lepas tu naik bas len seng dan turun di jalan pahang bertentangan dengan hospital tawakal (masa tu hospital tu belum ada lagi) …lepas tu jalan kaki melalui Maktab Perguruan Ibukota…(tak perasanlah pulak maktab ni masih ada ke belum) .jalan kat sekolah rendah lama…masuk susur jalan lama kat Taman Tasik Titiwangsa.(ni pun belum ada lagi) .dulu tak takut jalan seorang-orang…tak banyak orang jahat…(dulu tak ada lagi)

Kadang-kadang akak turun kat hospital besar dan menyusur dalam hospital…lalu hospital bersalin..lalu kat padang dan lintas jalan dan menyusur jalan yang sekarang ni dah ada balai seni lukis negara…balik pun macam tu…ikut member..klu member nak naik bas kat hospital besar ataupun kat depan hospital tawakal tu pun akak ikut aje….kadang-kadang bas penuh .. kami jalan kaki aje….masa tu mana tahu penat……. masa tingkatan satu akak bersekolah petang. Mak masih bekerja lagi masa tu ..baik shift pagi ataupun petang mak dah siap masak. Kami cuma angkat air kat perigi untuk masak…dalam rumah ada perigi tapi air dia tak sesuai untuk memasak/membasuh…untuk mandi dan cuci mencuci bolehlah…al maklumlah tepi sungai. Jauh jugak angkat air…tiap seorang kena angkat 2 baldi air bersih..tak macam skrg ni..putar aje dah keluar air.

Peristiwa yang tak dapat dilupakan …masa tingkatan satu sekolah kami terpilih untuk mempersembahkan tarian pemukaan di Sukan Asia Tenggara 1977 ataun Sukan Asia Tenggara ke 9 di stadium merdeka yang di adakan pada 19 Disember-26 Disember 1977. Puas kami berlatih..3 bulan sebelum sukan tersebut bermula. Bukan penat tau..tapi seronok..ada jurulatih tarian datang setiap 2 kali seminggu mengajar tarian ni kat padang sekolah.

Bukan semua yang dapat masuk tarian ni…akak bertuah sebab dapat masuk … kumpulan kami menarikan tarian guna tudung saji…buat bulatan…pusing-pusing sambil menarikan lagu tudung periuk…. Akak cuba cari gambar masa tarian dan latihan tapi tak jumpalahpulak..Pepagi lagi akak dah kena gi ke Stadium Merdeka buat latihan seminggu sebelum hari pembukaan..yang seronok dapat makan dan air free bersama dengan duit elaun. 19hb. Disember acara pembukaan pada waktu malam…dalam pukul 8.30 rasanya…berlatih berhari-hari tapi menari tak sampai 1 jam…nasib baik mak dan abah bersama adik beradik ikut…taklah takut nak balik….sepanjang seminggu tu akak rajin jugak gi ke stadium tenguk athlit …. dapatlah ambil autograf..entah kemanalah autograph tu…dah kena campak masa nak pindah kot..

Sayang sungguh tak ada langsung sekeping gambar pun buat kenangan…cuma baju kuning nilah baju yang kami pakai masa menari…baju ni jugak kami gunakan untuk persembahan boria masa tingkatan tiga tahun 1979. Selepas tarian di stadium tu akak memang tak pakai baju ni..malulah..nanti orang kata boria…lagipun baju kedah aje..tak glamour…bila nak buat persembahan boria…dia orang cadangkan pakai aje baju ni…sape tak ada boleh pinjam..nasib baiklah baju ni masih elok lagi….Persembahan untuk majlis penyampaian hadiah untuk akhir tahun kalau tak silaplah..

Masa ni akak tingkatan 2…bersama-sama rakan sekelas..makan free kat kantin sekolah. Masa tingkatan 1-3 akak masuk kelas sains rumah tangga. Diajarlah cara menjahit..tapi akak malas nak buat..tak minat…..lagipun kat rumah tak ada mesin jahit..akak upah kawan tolong jahitkan skrit/blaus..nak masukkan sekoci pun tak tahu …..

Bersama dengan kumpulan boria..kak long akak yang duduk no 1 dari kiri..kakak akak masa ni tingkatan 4….kami cuma tua setahun aje. Bila time jadual masak memasak…kena bawak bahan-bahan yang nak di masak. Kalau nak baking ..selalunya cikgu akak agihkan…klu akak bawak tepung…member bawak telur…dan sebagainya…sekolah siapkan benda mcm baking powder, rempah kari dan garam…akak dah lupalah..

gambar di ambil pada tahun 1978 ..tingkatan 2 bersama-sama hashimah..dulu rambut akak panjang..sebelum peperiksaan sijil rendah pelajaran…kami semua kena buat praktikal…nak masukkan markah dalam sijil…akak kena masak kari ayam..kalau tak silap…terkial-kial memasak walaupun mak dah ajar kat rumah…nasib baiklah lulus.

Masa ni akak tingkatan 2 …tahun 1978….sambut hari kanak-kanak sedunia di stadium merdeka..yang pakai cermin mata akak tu kononnya kakak angkat…kak azizah..tak tahulah kat mana dia sekarang ni..dalam tahun nilah akak berkenalan dengan bekas pakwe yang jugak saudara jauh…dia pindah duduk di kg puah selepas ayah dia pencen askar..

Bersama-sama rakan sekelas masa tingkatan 3 tahun 1979…kenangan bersama kalian tak akan dapat di lupakan…nama cikgu ni lupalah pulak…

Cerita fofular masa tu cerita charlies Angels..

The Hardy Boys Mysteries

Hero yang jadi kegilaan masa tu …the hardy boys mysteries

The Waltons

Memang akak tertunggu-tunggu bila cerita ni..best tau…tapi yang paling akak minat

Cerita tentang charles ingalls bersama keluarga beliau..kisah Nellie Oleson yang nakal…dan laura dan mary ingalls yang baik…seronok tgk cerita ni….

Laura dan Mary Ingalls

Dallas ni pun popular jugak

kojak-si hero botak

Kalaulah ada yang kenal dengan member-member akak ni tolonglah bagi tau ye..rindu nak jumpa mereka ni…
berdiri dari kiri…Raja Mazuin, Rohaya, Hashimah, Norbaini, Akak dan Rubiah.
Yang duduk Halijah, Norhayati, Lupa pulak nama dia, Linda dan Norzawiyah.

Gambar di ambil pada 22.10.1979 bersama-sama member sekelas..sanggup kumpul duit nak ambil gambar kat studio..akak dah potong rambut…Ujie, Nor Zawiah dan Faridah…member kamcheng kat sekolah ni.

Lepas menyanyi nashyid untuk persatuan islam rasanya..bersama cikgu..Nurbaiti diambil pada 9.2.1980. Masa ni akak dah tahu dah keputusan peperiksaan sijil rendah pelajaran (SRP)…keputusannya bolehlah…taklah pandai…taklah teruk..

Bersama guru besar dan ahli jawatankuasa pibg…yang ingat cuma saripah duduk 2 dari kiri duduk kat kg puah seberang..yang lain senior …

Menyanyi atas pentas…malunya……..mata pun naik ke atas..takut nak tenguk kat penonton…..nasib baik duduk barisan belakang. Tahun 1980 Taman Tasik Titiwangsa baru nak buat…tak merasalah akak melepak kat taman tu…

Lepas tu akak berpindah sekolahlah pulak…nanti aje di N3 akan datang.

18 thoughts on “Mengambit Memori Silam

  1. syok pulak tengok gambar2 lama ni. teringat zaman2 sekolah dulu. tak tau lah mana pergi album gambar2 lama. kalau ada..sy pun nk buat n3 psl sekolah2 dulu.hihihi

  2. kak ina, saya pun minat ngan ceirta Little Hoouse On the Prairie tuh. Mmg jarang miss. Dia punya intro cerita tuh yg buat best senarnya. Terbayang2 adik diorang yg paing kecik tersembam dalam rumput tinggi time kejar mak pak diorang balik kije. Dallas tak berapa tgk sbb masa tu kecik lg. Kirenye cerita tu 18sx lah.Kanak-kanak takleh tgk. Hehehe…Chips, BJ and The Bear, Lobo, Wise Guy, tgk bukan sebab ape pung, sbb heronya hensem dan mantop. kekeke…

  3. Alamak…mengimbas kisah lama-lamala pulak….bestnye….Akak ni org KL betulla ye…skolah rendah & menengah kat sana… Mama saya dulu sekolah kat Batu Road, sekolah puan. Tahun 1979, saya baru lihat dunia, akak dh form 3 ye…..Tapi klakarla gambar masa persembahan nasyid tu hehehe…

  4. aik, kak ina pun sekolah di sm puteri titiwangsa ke? tapi sy masuk sana form 1 thn 1979 sampai form 5 sepenuhnya. muka2 senior ni very familiar, tapi tak tau nama.. cikgu india tu (mrs ape ha.. guru kelas masa form 3)..tak sangka nostalgia kita serupa..

  5. salam kak inakak ina kalau nak carik kawan lelama akak joint ler facebook kakak sepupu saya sama skolah akak dulu pun banyak jumpa kawan2 sekolah dier kat dlm facebook nama akak sepupu saya salina majid dulu duk kat kg puah lembah. xtau la kalau akak kenal ker idak?

  6. Kak Ina…Kak Ina org Setapak je ke? Norma asal duduk Kg Chubadak dulu…dkt dengan Kg Puah, in fact arwah abah disemadikan di Perkuburan Kg Puah…silap-silap kita pernah terselisih bahu dalam bas Len Seng atau bas mini…Saya dulu Sek Ren Convent Sentul dan Sek Men Convent Sentul…Serius…cerita kak Ina mengimbau kenangan saya dulu jugak…

  7. salam kak ina..amboiii…nostalgia betui n3 akak kali nih.. mmsti syahduuu kan ingatkan kenangan bersama kengkawan lama… semakin tahun berganti they all disappears with their own life… itu lah kan kak.. emmm kak.. umah sil zaza dlm uia tuh, dia warden kt ctu..akak tggal mana?eish..pasnih bley la roger ngan akak ehh,bley jumpe kan.. akak msg no phone kat my email bleh?? nasza55@gmail.comtenkiu yer..muahhh…

  8. salam lelaz…memang akak simpan gambar lama ni..sayang tau..buat kenangan..salam ain..amboi nak ikut jejak akaklah pulak ye..tak apalah..benda baik..salam ai..saja..boringlah..tulah pasal selongkar balik gambar dan kenangan lama.salam siti…akak memang minat betul dengan cerita little house in the prairie tu..siap tunggu depan tv sebelum cerita start.salam e-merlin..tag nama pun kak ina kl..memanglah asli org kl…mak kamu mungkin sama kot sekolah dengan mak akak..mak akak pun pernah sekolah kat sek batu road tu.

  9. saya duduk area setapak jaya kak ina. member2 seangkatan saya mmg ramai duk kat kg. puah tu.. dan laluan pergi dan balik sekolah serupa cam kak ina..

  10. lagi satu kak ina.. akak kenal kakak saya.. suraini abu bakar, dia pun ambil sains rumah tangga jugak di sekolah yg sama and sebaya dgn kak ina..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s