Kerabu kerang/ayam goreng/sup sayur


Jom makan kerabu kerang….senang aje nak buat kerabu ni….susah nak bagi resepi ni..akak campak-campak aje.

Akak rendam kerang dengan air bercampur garam…biarkan dalam 30 minit.
Pastu rebus tak payah pakai air sampai terbuka.
Kopeklah macam biasa.

Taugeh di buang ekor pastu didihkan air panas yang bercampur dengan sedikit garam. Padamkan api. Masukkan taugeh sekejap. Toskan.

Hiris cili merah menyerong…cili api, serai dan bawang besar. (ikut suka hatilah nak bubuh banyak mana).

buat banyak hari tu…pakai ajelah…

Campurkan semua bahan yang di potong tadi dalam mangkuk bersama kerang. Gaul dulu sedikit kerisik dengan pes cili sangai…ikut kepedasan yang di ingini…bubuh gula dan garam. Pastu perah jus asam limau kasturi. Bubuhlah sikit-sikit dulu jus limau tu..rasa dulu …takut terlebih masamlah pulak. Barulah di campurkan dengan bahan-bahan yang lain..kacau sampai sebati.

Makanlah dengan nasi panas atau pun makan cam tu aje..

Lepas tu goreng ayam pakai tepung goreng ni..ikutlah arahan kat tepi kotak tu..

Dah siap…bolehlah di makan…meratah pun sodap kan…

Pastu buat sup sayur dengan bebola daging buatan sendiri…tak beranilah beli bakso yang orang jual tu…

5 thoughts on “Kerabu kerang/ayam goreng/sup sayur

  1. Kak Ina…Nyum nyum nyum!bab kerabu ni mmg akan sentiasa jadi favorite…buatlah kerabu apa pun gerenti sedap…Kat rumah ni kobis masak air dan kobis lemak putih memang laju…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s