Spicy Buttered Prawn

Ambil resepi dari rumah Puan Ummi jugak…resepi asal dari MesraNet…senang dan ringkas nak membuatnya..jomlah cuba ye…

Bahan:-
  • 1 kg. udang besar/udang galah (ummi guna udang sederhana besar)
  • 1 biji cili merah (dihiris serong)
  • 12 – 15 biji cili padi (dihiris serong)
  • 4 labu bawang besar (dihiris) – Ummi letak 2 labu je
  • 2 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 buku mentega
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 biji tomato saiz sederhana (potong dadu)
  • 1 biji telor
  • 2 sudu makan susu tepung
  • sedikit serbuk kunyit
  • sedikit garam
Cara Memasak:-
  1. Udang dibersihkan, dipotong separuh bahagian kepala. Kulitnya jangan dibuang. Basuh dan toskan. (akak tinggalkan ekor aje)
  2. Lumur bersama kunyit dan garam, biarkan seketika.
  3. Panaskan mentega dalam kuali dan goreng udang tersebut hingga garing kekuningan (pastikan benar2 garing). Angkat dan ketepikan.
  4. Dengan menggunakan baki mentega tadi, tumiskan bawang besar, goreng seketika hingga garing.
  5. Masukkan pula bawang putih, cili merah dan cili padi bersama daun kari. Goreng hingga naik bau.
  6. Masukkan tomato dan kacau seketika.
  7. Masukkan udang tadi dan gaul rata.
  8. Masukkan telor dan gaul kembali dengan cepat sehingga menyelaputi kesemua udang.
  9. Taburkan susu tepung dan gaul sekejap.
  10. Angkat dan hidangkan bersama nasi panas atau nasi beriani.

3 thoughts on “Spicy Buttered Prawn

  1. Kak Ina…Kelaass la buttered prawn tu…Norma biasa gak buat buttered prawan tapi kelakar…main tumis butter dan bwg putih, dan goreng udang tu aje…tabur bawang besar…dah siap…"jauh panggang dari api" dengan kak ina punya resipi…aduhhh…

  2. salam nj..kena rajin tau nak buat ni..kat sini kedai makan seafood jual mahal giler..buat sendiri baru puas hati..salam blogresepi…ada kuah sikitlah..tak leh kering sgt..anak tak suka..tapi yang ni tak sama mcm butter prawn yang jurai-jurai tu..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s