Puyuh Goreng

Dah lama tak makan burung puyuh…sekarang ni dah mahal…4 ekor RM10.00…tapi nak makan punya pasal…belilah jugak…takut kempunan nanti. Guna resepi tepung untuk menggoreng pisang…tapi kali ni akak tambah serbuk kari sedikit.

Bahan-bahannya

  • 75 gram tepung naik sendiri
  • 60 gram tepung beras
  • 1 camca besar tepung jagung
  • sedikit serbuk kunyit/ pewarna kuning
  • garam secukupnya
  • gula secukupnya (jika mahu)-tak letak
  • sedikit air kapur (anggaran 1 sudu kecil – jangan terlalu banyak nanti pahit)
  • 130 ml air
  • 3 – 5 ketul ais (jangan terlalu banyak takut adunan cair)
  • kali ni akak tambah sedikit serbuk kari daging

Cara-caranya

1. Satukan bahan kering didalam mangkuk. Buatkan lubang di tengahnya, tuangkan air sambil gaul hingga sebati. Akak bancuh dengan whisk lagi senang rasanya.
2. Bila pekat dan boleh menyalut belakang sudu, biarkan bancuhan selama 10-15 minit. Pastikan minyak untuk menggoreng banyak dan cukup panas supaya pisang digoreng menjadi keemasan dan tidak menyerap minyak.
3. Selepas bancuhan di perap untuk 10 – 15 minit dan minyak cukup panas, masukkan anggaran 3 – 5 ketul ais dalam adunan dan celup burung puyuh dalam bancuhan dan terus goreng dan gorenglah sehingga ia garing.
4. Sedap di makan panas-panas. Cicah dengan cili sos pun sodap…

4 thoughts on “Puyuh Goreng

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s