Ikan Talapia Bakar

Bahan-bahan utama

  • 2 ekor ikan talapia – di potong mengepak (bukan nak terbang ye)

Bahan-bahan lain

  • 6 biji cili hidup*
  • 5 sudu makan cili kisar
  • 5 biji bawang kecil*
  • 4 biji bawang putih*
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 batang serai*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 1 inci lengkuas*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 helai daun kunyit*
  • 1 sudu makan gula melaka
  • 1 sudu makan gula castor
  • 1/2 sudu teh jus asam jawa adabi-klu yg biasa bubuh 1 sudu makan
  • garam secukupnya
  • minyak dan daun pisang
  • 2 biji limau kasturi-ambil jus.
  • 2 helai daun limau purut-disiat

Cara-caranya

1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masukkan minyak dan tumis semua bahan sehingga naik minyak.

3. Masukkan gula melaka, gula castor, jus asam jawa dan garam.

4. Rasa dulu cukup atau tidak asam garam….barulah di padam api. Sejukkan.

5. Bersihkan ikan dan perapkan ikan bersama garam dan jus limau kasturi.

6. Biarkan selama 10-15 minit baru di cuci bersih.

7. Lumurkan sambal ke atas ikan. Campurkan daun limau purut yang telah disiat ke atas ikan. Alas dengan alumanium foil..pastu alaskan dengan daun pisang.
8. Kali ni bakar dalam oven aje…(penyakit M datang..malas nak bakar atas arang)sampai ikan masak dan perah asam limau ke atas ikan tadi sebelum dihidangkan..

2 thoughts on “Ikan Talapia Bakar

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s