Daging Pedas Berempah

Resepi kali ni dari bro rozzan chef dari singapore..tapi akak ambil resepi ni dari rumah puan ummi kat kuantan…rajin memasak walaupun beliau bekerja. Akak c & p aje dari rumah dia..

Bahan-bahan

  • 1 kg daging lembu/kambing (potong ikut suka)
  • (*rebus hingga empuk dan biarkan airnya untuk digunakan nanti)
  • 12 tangkai cili kering (rendam)
  • 3 sudu teh lada hitam
  • 2 sudu teh jintan halus
  • 1 sudu teh jintan kasar
  • 2 biji pelaga (gunakan isinya saja)
  • 2 biji bawang bear
  • 5 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1/2 biji buah pala
  • (*Kisar semua bahan di atas hingga halus)

  • 2 biji bawang besar (potong bulat dan goreng sebentar)
  • 6 sudu besar sos tomato
  • 5 – 6 sudu besar kicap lemak manis
  • 3 biji kentang (potong wedges)-akak tak letak
  • 3 biji buah tomato (setiap biji potong 2 atau 4)
  • 1 batang lobak merah (potong kecil2)
  • 3 sudu besar bawang goreng (optional)
  • sedikit daun ketumbar
  • secubit garam dan sedikit gula
  • minyak untuk menumis
Cara Memasak:-

1. Panaskan minyak dalam periuk/kuali.
2..Tumis bahan-bahan kisar hingga garing.
3. Masukkan daging bersama air rebusannya, lobak merah, sos tomato, kicap manis, garam dan gula.
4. Sesuaikan rasanya. Bila daging sudah empuk, masukkan bawang goreng, gegelang bawang dan kentang wedges dan kacau sebentar.
5. Akhir sekali masukkan buah tomato dan daun ketumbar.
6. Kacau sebentar dan matikan api.
7. Hidangkan dengan nasi atau roti.

One thought on “Daging Pedas Berempah

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s