Ke Genting Highland

Semalam bawak anak-anak yang kecik tu gi jejalan kat Genting Highlands..yang besar ada kelas…ayah dia mcm biasalah…bzzzz memanjang..kami naik bas dari terminal putra gombak dan ambil package..seorang RM42.00 termasuk tambang bas pergi balik…suruh anak akak hantar ke situ..malas nak parking kereta.

Harga tadi termasuklah naik cable car pergi balik….tapi akak silap…selalunya kalau nak gi ke gh ni akak booked tiket pukul 8.00 pagi lagi 2-3 hari sebelum pergi…semalam tak booked..sampai kat tempat tiket..tiket pukul 8.00-9.00 pagi dah habis..yang ada pukul 10.00 pagi..suruh anak buah ambil gi kat rumah dia dekat situ..lepak kat rumah kakak..nasiblah rumah kakak kat situ ..kalau idak kat mana pulaklah nak melepak..

Tiket tadi termasuk juga ke outdoor dan indoor theme park..berbaloi rasanya…tapi rasa sakit jugak nak keluar duit…fikirkan cuti sekolah tak ke mana-mana…tak kisahlah…lagipun boss yang bagi duit.

Dulu imran takut naik cable car ni…sekarang dah berani..

Mula-mula naik nilah dulu…spinner…..imran excited pasal tak dapat naik tahun lepas..tahun ni dapat..masa nak balik dia dan ira gi naik lagi…oleh sebab orang tak ramai…dapatlah naik lagi 2 kali…nak suruh akak naik….nanti muntahlah pulak…tak kuasalah…dah tua…

Dari dulu lagi ira memang teringin nak naik space shot..tapi ketinggian dia tak cukuplah pulak…punyalah ramai…kena beratur lama…

tapi semalam nasib dia baik..dah cukup tinggi..dapatlah dia naik benda ni….tertunailah hasrat di hati dia.

Masa ira beratur kat situ…akak dan imran masuk ke dinosaurland..

Sekarang dah ada ikan…mereka pun jual makanan ikan kat sini…pandai betullah cina nak cari duit..orang melayu buang duit…hi..hi..hi…

dinasour lama tapi kat sebelah tepi ada 2 dinasour baru…

imran ni memang penakut…kat dalam tu gelap…muka dia dah semacam aje…duduk pulak tak sama dengan akak…

Bila keluar dari situ pun ira tak dapat naik lagi space shot..imran ni peramah..dengan anak cina pun jadi..

gali punya gali…konon-kononnya jumpalah fosil ni…

Lepas tu mereka naik pirate ship…. imran pun happy dapat naik…tahun lepas tak cukup tinggi…naik ni 2 kali…masa nak balik mereka naik lagi sekali..lepas tu mereka naik cyclone..ni pun first time mereka berdua dapat naik..kena beratur lama jugak..sempatlah gi solat zohor..gilir-gilir jaga barisan. tapi akak kesianlah bila ibubapa bawak baby…ada seorang baby tu ashik melalak aje..

Ira nak naik ni..akak tak bagi…takut nanti dia muntah…nanti badan berpusing-pusing kalau naik ni…yang naik dulu cuma yana dan russhdi aje..tunggu dia besar sikit baru boleh..lepas tu akak, ira dan imran naik flying dragon..tobat tak nak naik lagi…kecut perut akak di buatnya…ira dan imran gelakkan akak…

Perut dah lapar..makan kat mary brown..mahallah kat atas ni…tapi nak buat camna..perut dah berkeroncong. Bedal ajelah badul…

ira dan imran bosan naik ferris wheel ..sebelum tu naik euro express..tu pun dalam dalam indoor…..tapi ira kata tak best…best lagi main kat luar….dulu masa mereka kecil mereka suka naik benda ni…..skrg tak bestlah pulak………kat indoor ni tak berapa best untuk anak-anak yang dah besar…sesuai untuk anak-anak kecil…

Bila imran dan ira gi main spinner dan pirate ship…akak boring…akak naiklah monorail dari tempat indoor …. saje nak buangkan masa…jadilah kanak-kanak riang kejap…masa ni kabus dah mula keluar…dah dekat pukul 6.30 petang.

Bila nak balik kat tempat indoor ada pulak pertunjukkan dari negara vietnam…

Lawalah mek vietnam ni…

Posing kat cable car…sebelum nak naik masa nak turun ke bawah….

Masa naik ni pukul 7.00 malam dari atas…dah gelap…

Kepenatan dalam bas…

Kami ambil tiket bas yang terakhir …pukul 8.15 malam…naik lambat..balik lambatlah..kalau idak rasa rugilah pulak…tu pun tak habis main…..dalam perjalanan balik beli ajelah makanan…dah tak larat nak masak….penat betul di buatnya layan 2 orang anak-anak kecil ni…

3 thoughts on “Ke Genting Highland

  1. rajin betul kak ina melayan anak2.. kitorang yg duk kat phg ni tak pernah sekali pun naik atas sana.. rasanye kena pergi gak sekali nanti.. (tapi tak tau bila).. ha ha

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s