Ikan Dalam Taman @ Pla Lui Suan/

Ambil resepi ni dari rumah puan nor lagi….dia guna ikan talapia..akak guna ikan pari yang di bakar di atas kuali…resepi ni dia ambil dari buku masakan thai yang di beli di mana ye…tak tanyalah pulak…akak c & p aje..tapi tangan ni gatai nak edit mengedit..jangan marah tau nor..nanti kena jual….tq atas resepi ni ekk..

Bahan-bahan
  • 1 ekor ikan siakap (akak guna ikan pari)
  • 1/4 cawan bawang putih
  • 1/4 cawan bawang merah
  • 3 helai daun limau purut
  • 2 sudu besar daun ketumbar yg dipotong
  • 3 batang serai
  • 3 – 5 biji cili api
  • 3 sudu besar sos ikan
  • 4 sudu besar air limau nipis
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar pes cili sangai

Cara-cara

1. Hiris halus bawang merah, bawang putih, daun limau purut, serai dan cili api.
2. Masukkan kesemua bahan dan gaul sebati.
3. Curah bahan-bahan ni atas ikan yg dah siap digoreng tadi.
4. Taburkan daun ketumbar dan boleh lah dihidangkan..

***************************************************************************************

PES CILI SANGAI

Pes ni pun akak ambil dari rumah nor…nak buat ikan bakar punya pasal dan rasa apa pula kelainan masakan siam ni…nasib baik sedap..

Bahan-bahannya

  • 1 cawan udang kering
  • 2 cawan barang putih
  • 2 cawan bawang merah
  • 1 cawan cili kering
  • 1/4 cawan air asam jawa pekat
  • 1/4 cawan gula melaka
  • 1/4 cawan sos ikan
  • 1/4 cawan minyak sayuran

Cara-caranya

1. Bawang merah dan bawang putih dihiris halus.
2. Goreng bawang merah hingga kekuningan dan masukkan bawang putih dan cili kering yang telah di potong. Goreng sehingga bawang-bawang keemasan. Ketepi kan sebentar.
3. Tumbuk bahan-bahan yg digoreng tadi bersama udang kering. (akak blend aje..dasar pemalas)
4. Panaskan minyak sayuran dan tumiskan bahan2 yg dimesin tadi hingga wangi.
5. Masukkan gula melaka, sos ikan dan air asam jawa.
6. Masaklah dengan api sederhana hingga pes menjadi pekat.
7. Dah siap pes, boleh la digunakan dlm masakan di atas dan selebihnya disimpan dlm peti ais.

Anak-anak tak suka bubuh mcm-mcm atas ikan pari ni…tuang pes cili aje…

4 thoughts on “Ikan Dalam Taman @ Pla Lui Suan/

  1. salam paij188..nanti dah balik..selalunya makan kat luar kan..nak lepaskan gian..salam mamatiara…sedap memang sedap..cubalah buat ek..salam blogresepi….dah duduk tpt tak ada ikan pari..nak buat camna..nanti balik malaysia cubalah buat tau..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s