Gantung Periuk dan Kuali (Aktiviti Hari Sabtu)

Hari Sabtu memang akak tak masak…cuma baking kek coklat aje dan buat roti canai untuk sarapan.

Cicah dengan lauk gulai kawah..balance hari jumaat punya..

Tengahari pegi rumah orang kawin. Anak-anak perempuan yang dah kekenyangan. Anak-anak lelaki gi ke rumah member mereka yang naik pelamin.

Lupa pulak nak ambil gambar makanan…cuma sempat ambil gambar bubur pulut hitam.

Pengantin tersenyum di singgahsana.

Tertarik dengan kek fondant ni..tak pasti mana satu pihak lelaki..

yang satu mana pihak perempuan punya.

Petang pulak si Yana dan Firdaus keluar ke jj wangsa maju nak beli benda ni…yana yang keluar duit…

Donut yang mahal..tapi sedap…akak dan suami tak berani nak makan banyak-banyak…

Lepas maghrib keluar pulak jalan-jalan cari makan…yana nak belanja…gamaknya duit biasiswa dia banyak lagi kot.

Mak dia pun nak ambil gambar jugak.

Mula-mula nak makan kat tarbush di ampang point…suami dan anak-anak kata kita cuba aje tempat baru…kami pergi ke jalan ampang…tempat ni hidangkan makanan dari iran..yang istimewa pasal kebab dia…

salah satu dekorasi kat tempat ni

apa ke benda tah…

Tenguklah telatah anak-anak akak ni…

alahai…macam kanak-kanak riang…

akak pun teringin nak ambik gambar kat sini..

Sabar ajelah…

tak habis-habis nak bergurau lagi…

nak bergambar lagi tu..

Suami akak order iran tea…dia bagi bersama kurma…lawa pulak tenguk teko ni…

Firdaus order nasi dengan kebab ayam dan daging … sedaplah kebab ni….

Yang ni langsung anak-anak tak sentuh…daun selasih…curry iran, bawan besar dan sos bawang putih.

Imran dan ira order nasi dan ayam bakar…share dengan suami akak…tak terhabis nasi yang banyak ni..

Yana nak makan nasi dengan ayam masak apa tah…lupa lah pulak…

Akak order nasi dengan daging kambing.

russhdi order kebab daging dan nasi…

Lepas habis makan kami lepak kat luar pulak…anak-anak lelaki nak hisap sisha…ayah dia bagi pasal dah lepas umur 18 tahun…

Imran nak cuba hisap..tapi kami tak kasi…takut ketagih…eksyen ajelah..pasal nak ambil gambar.

Sambil mereka hisap benda tu…kami lepak kat meja sebelah…tenguk skrin besar…lagu dari negara iran…sedap jugak ekk..

Tiba-tiba pelayan hidangkan tea iran lagi…free pulak tu…apalagi..minum sampai kembung perut ..tea iran ni rasa pahit sikit..tapi bila dah campur dengan gula..sedaplah pulak..

Bila nak balik sempat berposing kat depan tempat makan ni….

Lain kali boleh datang lagi….tapi kena tunggu ada orang lain nak belanjalah pulak…rasanya tak datang lagi kot….jalan-jalan cari makan kat tempat lainlah pulak…

Akak order kebab bawak balik…nak bagi mak dan abah rasa…

Gendang gendut tali kecapi..kenyang perut suka hati..
Seronok bila dapat makan ramai-ramai macam ni…bukan senang nak berkumpul macam dulu..

7 thoughts on “Gantung Periuk dan Kuali (Aktiviti Hari Sabtu)

  1. sonok nyer family kak ina niiiiiiii…sgt2 mesraaa gitu…hehehhe…kak ina gak maintaine serius je..awat??hehehhe..joint la skali gila2 ngan anak2..ehhehe..sonok kan..adik beradik rapat mcm gitu…i jeles u..hehehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s