Masak Asam Pedas Daging Tetel

Masak asam pedas ni minggu lepas hari jumaat..tapi baru nak tunjuk hari ni…first time guna daging tetel…sedap jugak ekk…

Bahan-bahan

  • 400 gm daging tetel
  • 5 sudu makan cili kisar
  • 4 biji bawang merah*
  • 1/2 biji bawang besar*
  • 3 biji bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 1/2 inci kunyit hidup*
  • 1/2 sudu teh lada hitam*
  • 1/2 sudu teh jintan manis*
  • sedikit belacan
  • 1 batang serai-dititik
  • air asam secukupnya
  • minyak dan garam

Bahan sampingan

  • 2 biji tomato – belah 4
  • 10 tangkai daun kesum-dipetik daun
  • 1 batang bunga kantan-dibelah 2
  • 4-6 biji kacang bendi
Cara Memasak
  1. Bersihkan daging tetel dan potong kecil-kecil.
  2. Rebus sehingga empuk … jangan di buang air rebusan.
  3. Kisar/tumbuk semua bahan bertanda *.
  4. Tumiskan bahan kisar sehingga naik bau kemudian barulah dimasukkan pula cili kisar.
  5. Biarkan cili masak sehingga naik minyak ..barulah dimasukkan air rebusan daging dan air asam jawa.
  6. Masukkan daging biarkan sebentar…barulah dimasukkan daun kesum dan bunga kantan.
  7. Tunggu sehingga kuah mendidih dan biarkan sebentar baru di perasakan dengan garam.
  8. Gunakan api perlahan dan biarkan kuah mendidih selama 10-15 minit.
  9. Barulah dimasukkan tomato dan bendi. Rasa asam dan garam barulah di padamkan api.
  10. Makan dengan nasi panas…terangkat wehhhhh

**************************************************************************************

Lepas tu goreng pulak ikan sepat fresh..beli kat pasar tani taman melawati……bukan ikan sepat masin…sedaplah…tapi mahallah harga dia…peduli apa…nak makan kena beli jugak…

15 thoughts on “Masak Asam Pedas Daging Tetel

  1. Kak Ina..selalu kalau jenguk blog akak ni perut saya berkeroncong..tambah2 pulak bila scroll down macam2 gambar makanan lain lagi yg ternampak..huhuhu..

  2. Wahhhhhhhhh…..Kak Ina niiiiiiii….Tak sabo rasa nak balik M’sia! Meleleh-leleh air liur seyyyyyyy…..Nanti nak singgah umah kak ina arr bila balik nanti w/pun x dijemput! Muahahahaha….

  3. salam kak ina…hahaha, saya suka ayat akak pasal ikan sepat tu..mahal peduli apa kan..yelah kita pun makan bukan nya sampai 5 kg ikan tuu!!!…caya lah kak!!!

  4. Ina saya kalau masak asam pedas tetel…cuma gunakan daun limau perut & tambahan lengkuas sahaja…yang lain2 cili, bawang, serai dan sedikit kerisik…sebelum angkat lepaskan tomato & bawang besar…Kalau tetel masak asam memang sedap…menjilat jari dibuatnya…

  5. Kak ina, tolongggggggggggggggggggg…ikan sepat fresh tu memang kesukaan lela, nanti akak bgtahu kat lela erk mana boleh beli ikan sepat ni, selain ikan sepat lela duk tercari-cari ikan puyu fresh, mak aiiii dah meleleh ni, hari tu ada jumpa kat pasar tani kat greenwood, tapi pergi bebaru ni tak jumpa dah..waaaaaaaaaa

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s