Jemputan Kawin


Hari Ahad ada jemputan kawin kat sijangkang, kelang…..jauh jugak nak pergi…..tapi bila kenangkan abang ari ni ni jiran lama masa kat kampung puah dan kami adik beradik mengaji kat rumah dia..tak sedaplah pulak tak pergi..adik dan kakak termasuk abah dan mak semua pergi…… bila dikenangkan balik bila ada cerita p . ramlee kami adik beradik akak duduk paling depan…anak-anak jiran yang lain menyampahlah dengan kami bertiga …pasal lepas mengaji kami tak balik terus melepak kat situ…

Selalunya guna jalan ni…tapi dah tahu memang jalan ni memang jem giler….

Bilalah nak sampai kalau guna jalan sebelah kanan…

…yang bawak kereta anak lelaki akak..dia kata kalau ikut jalan little india kurang sikit jem..

Memang se umur hidup akak tak pernah lalu kat jalan little india di klang..cuma tenguk kat tv aje..Dah nama jalan little india..jadi semuanya barang yang dijual barangan orang indialah..

Jalan kat sini pun jem jugak…nak dekat 1/2 jamlah jugak nak harung jalan … tension dibuatnya..

Sampai kat rumah pengantin orang dah kurang..nak cari parking pun senang…nilah keluarga wak kusen..cucu pertama wak kusen yang pertama mendirikan rumah tangga. Seronok jumpa wak kusen..umur dia dah 89 tahun…tak berapa ingat dah…jumpa cik room dan anak-anak dia yang lain..

Bila dah puas borak dan dah kenyang ajak suami pergi kat rumah adik akak kat shah alam..dah lama dah tak pergi kat rumah dia…nasib baik dia ada kat rumah…bila sampai dia anak beranak tengah tidur … penat baru balik dari kenduri kawin…dia pergi awal sikit.

Adik akak ni hobi dia pun macam akak jugak…suka beli barangan lama..adalah geng…

Dia tunjukkan koleksi bunga kangkung…

tapi tak banyaklah…pelan..pelan …nanti lama-lama jadi banyak..katanya dia…

Kebetulan mak saudara isteri dia…suami dah meninggal…makcik tu nak balik terengganu..dia suruh adik akak gi kat rumah dia kat ampang…ambik pinggan lama ni…banyak jugak pinggan yang dia dapat..pinggan bujur ni cuma ada 2 aje..

Kecek punya kecek…dia bagilah sikit…adalah dalam 10 biji…jadilah…dapat percuma..

Adik ni pun minat kumpul motor lama..sanggup dia beli kat kawan dia…isteri dia geleng kepala ajelah..

Saje ambil gambar rumah jiran sebelah adik ni…tenguk tu pokok anggur tengah hidup subur..tulah untung duduk kat rumah macam ni..kalau rajin macam-macam boleh di tanam. Dalam pukul 5.30 petang..kami balik..nasib baiklah jalan clear….cepatlah sampai kat rumah..

2 thoughts on “Jemputan Kawin

  1. amboi kak ina… jauh bejalan2 sakan yekk.. abis ume kedai di ambik gmbo nye.. glamorrrr… pingan2 lama??? emm kat umh arwah nenek zr kat pekan pahang tu stil banyak lg pingan2 cmtuh.. tingalan & kenangan .. nenek dulu wapau pun ado dapur gas… still suke masak gune dpur arang.. mmg masakan nye jd sedap bangat

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s