Jalan-jalan hari sabtu

Hari Sabtu pagi pergi ke pasar tani taman melawati…bila tengah nak bayar terserempak pulak Datuk Dr Mashitah dengan suami dia…pelik jugak ye…orang kaya pun shopping kat pasar tani…tak bawak kameralah pulak…kalau tidak boleh show kat sini..tapi dia taklah pakai seglamour ni…pakai simple aje..pakai sandal…

puas hati jugak rasanya..banyak jugak dapat kali ni…..tapi banyak yang bunga hitam..nanti bila ada masa akak tunjuk satu persatu
Dalam pukul 12.00 kami sekeluarga keluar kerna adik ipar kat nilai buat kenduri kesyukuran untuk anak sulung dia. Pergi ke pasar dulu nak cari pinggan lama…alhamdulliah jumpa jugak..tapi dah banyak orang lain borong..sekarang ni dah ramai pulak orang minat..tak apalah…sikit-sikit dulu..nanti cari kat kedai lain pulak.

Sampai kat kolej yana…perut dah lapar…bila call dia dah makan..jadi kami gilah ke tempat ni…memang selalu makan kat sini…masakan minang…dahlah murah…pastu sedap…

Kami sampi kekat pukul 2.00 lebih..jadi banyak lauk yang dah habis..tak kisahlah tu…janji perut kenyang…

Dalam perjalanan nak ke kolej yana…jumpalah pulak orang jual durian kampung.

Si ira tak sabar-sabar nak makan…tangan dia dan suami akak yang nak bukak durian..bila makan ira ashik kata….ehmmmm sedapnya….sedapnya…alahai dah lama tak makan…rasanya last makan durian dalam bulan disember tahun lepas..

dah lama tak makan durian…bila tanya…harga durian pun dah naik…tahun lepas RM5.00 sekilo..skrg dah naik RM6.00 sekilo..tapi anak-anak nak makan…belilah jugak…

Kami makan kat kolej yana..puas hati jugak…isi dia okey..habis berapa biji ekkk..lupa pulak nak kira…janji lepas gian…

Selepas tu pergi ke sini…orang lain kalau pergi .. suka shopping ekkkk..

Akak jarang pergi … agaknya dah selalu sangat tempuh jalan ni…lagi pun buat masa ni tak ada benda lagi yang nak di beli.

Ada mini eifal tower macam kat paris …tak pergi ke sana…tenguk kat sini jadilah…sampai ke rumah adik ipar dalam pukul 4.00 petang…mak isteri dia tengah masak bersama-sama jiran..akak tolong sikit-sikit aje..

Kenduri lepas isyak..habis baca yasin dan tahlil…borak kejap dgn ipar-ipar dalam pukul 11.30 malam terpaksa hantar yana balik ke kolej..kalau lepas pukul 12.00 malam … nanti kena panjat pagar…isssssss buruk rupernya anak dara panjat pagar kan…

Bila sampai kat bulatan pahang jem teruk.banyaknya kereta..macam waktu sianglah pulak…..rupernya ada road block..terpaksa ikut jalan alternatif kat jalan bandar baru sentul.kalau idak lambatlah sampai kat rumah..kat jalan situ pun ada jugak road block jugak…konon mat rempit tak nak lalu jalan pahang…dia orang pun ikut jalan bandar baru sentul..kat situ mereka kena tahan…dah tak boleh lari ke mana-mana…nasiblah tu…

Dalam pukul 2.00 pagi barulah zzzzzzzzzzzzzzz…

One thought on “Jalan-jalan hari sabtu

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s