Ayam Kung Po Versi 2


Ambil resepi kat majalah saji bulan mei..saje nak rasa kelainannya…resepi yang ni banyak bahan-bahannya…kebetulan semua bahan ada kat rumah cuma 3-4 bahan yang tak ada..jom tenguk resepi yang enak ni…tapi akak dah tokok tambah sikit…kat cara masak tu tulis ada bawang merah…kat bahan tak ada pulak…akak ganti dengan bawang besar.

Bahan-bahan

  • 400gm ayam isi ayam di potong dadu
  • 1 labu bawang besar (akak guna b awang holland)
  • 3 ulas bawang putih (dicincang)
  • 4cm halia (hiris)
  • 100gm kacang badam (disangai)
  • 1 sudu kecil cili boh
  • 4 tangkai cili kering
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1sudu kecil sos L & P (tak ada)
  • 1 sudu besar kicap cair
  • 1 sudu kecil kicap pekat
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 biji capsicum hijau
  • 1 biji capsicum merah-tak ada
  • 1/2 sudu kecil minyak bijan-tak letak
  • 1 tangkai daun bawang
  • 1 sudu besar tepung jagung (dicampur air)

Cara-caranya

1. Gaul bawang bersama tepung jagung dan sos tiram.
2. Goreng ayam seketika dan angkat.
3. Goreng cili kering seketika dan angkat.
4. Tumis bawang besar dan bawang putih bersama halia. Masukkan pula cili boh dan tumis sehingga naik minyak.
5. Masukkan semua bahan sos dan kicap.
6. Masukkan sayur-sayuran dan ayam.
7. Perasakan garam dan masukkan kacang badam.
8. Sedia untuk di hidangkan.

One thought on “Ayam Kung Po Versi 2

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s