Kuning Telur Kembar

Minggu ni bila pecahkan telur dapat kuning dia ada 2..

Masa nak buat roti telur pagi selasa

Masa masak nasi goreng hari semalam… pagi rabu

masa nak buat cekodok pagi tadi…….

ikut kata orang tua-tua..kalau makan makanan yang berkembar mcm pisang atau kuning telur ni …nanti bila mengandung dapat anak kembar….entah ye atau idak…tak tahulah…
tiga hari berturut-turut makan kuning telur kembar…isss..kalau muda tu okeylah jugak mengandung dan dapat anak kembar…

…umur dah 40…an kalau boleh tak nak mengandung lagi…tapi kalau allah swt nak beri kenalah terima….insya allah tak kot….nak tunggu cuculah pulak.

p/s amy di jepun..tolong baca tulisan ni..tulisan cina ke jepun ekk??????
tolong terjemahkan boleh tak?

14 thoughts on “Kuning Telur Kembar

  1. wahh akak telur kembar sampai 3 hari berturut2.bestnyer!!!saya teringin nk anak kembar.tapi sejak2 kawen ni x penah pulak dapat telur kembar.masa zaman bujang dulu pernah sekali dlm telur kembar ni tp x relevan la pulak kan masa tu.hihhihi…anyway kak kot2 nk dapat kembar masa umur ni pun apa salahnya kalo dh rezeki kan..take care..

  2. salam kak ina.saya pun penah kena mcm ni gak. mula2 tu terkejut jugaklah, dh la tgah mengandung. rupa2nya dalam satu pek telur yg saya beli tu mmg semua telurnya kembar.mmg kat sini ada jual telur mcm tu. tapi masa gi scan yg dlm perut ni bukan kembar..hehehe

  3. hai k.ina..xleh caya la…dlu aruah tok ckup marah bila kami mkn pisang,telur whatever kembarla…dlm diam2 kami pakat ngan adik;mai kita mkn,nk tgk sapa antara kta beranak kembar!!Hampieh pon…he..he..

  4. akak, saya kalo beli telur gred AA, gerenti dapat yg kembar, dalam satu papan, dekat 20 biji kembar, saya tak brani ler nk makan, takut ler ter dapat anak kembar…sapa la yg nk tulun jaga nanti!!!

  5. saya pun dah slalu sgt gak dpt telur cam gitu! dah x heran dah kata orang…x tau la knapa, agaknya mmg “keturunan” telur tu kot! tapi x dpt pun anak kembar….

  6. salam kak ina..saya mmg selalu beli telur AAA(saiz plg besar) kat TPC..mmg kebanyakannya dpt telur kembar gitu la hehehe..telur yg akak beli tu besar2 gak ye?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s