Coney Dog

Selalu makan coney dog ni kat a & w..tapi dah lama tak makan…suami akak yang suka…anak-anak lagi suka…ambil resepi dari rumah fidadaud dan katanya dia dapat resepi dari blog kawan dia..buat untuk sarapan hari minggu…

Bahan-bahan(dapat 10 biji)
  • 400 gm daging kisar
  • 3 biji bawang besar – potong dadu
  • 2 ulas bawang putih – cincang halus
  • 1 sudu kecil serbuk lada (chilli powder)
  • 3/4 sdk lada hitam – kisar halus
  • 3/4 cawan sos tomato
  • 1/4 cawan air
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil gula
  • serbuk perasa secukup rasa
  • 10-12 biji roti hotdog (frankfurter roll)
  • 10-12 biji sosej / frankfurter
  • mayonis (akak tambah)


Cara-cara Untuk Sos

  1. Tumis bawang besar dan bawang putih sehingga naik bau. Lepas itu, masukkan serbuk lada dan masuk sehingga agak-agak rempah masak.
  2. Masukkan daging kisar. Gaul sebati sehingga daging mengecut.
  3. Tuangkan sos tomato. Gaul sebati. Masukkan pula bahan-bahan lain, (air, lada hitam, garam, perasa dan sedikit gula) dan tunggu sehingga daging benar-benar masak.
  4. Masak sosej. (Terpulang ingin guna cara bagaimana spt guna microwave)akak bakar dalam oven kecil.
  5. Belah tengah-tengah roti hotdog, letakkan sosej dan tuangkan sos daging ke atasnya. Pastu pancitkan mayonis.

Sape ada nama lain selain dari coney dog ni…..bunyi dia kalau di translate jadi lainlah pulak…

One thought on “Coney Dog

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s