Jumpa Member Blog di BBST

Dalam pukul 3.00 petang kami bertiga yana, firdaus dan akak gi ke asrama ira..dah mcm acara mingguan..setiap petang ahad ke sana…kalau hari ahad ada hal..tukar ke petang sabtu..selalu akak sampai kat sana lepas asar…tapi anak-anak nak cepat gerak…sampai ke asrama dalam pukul 3.30 petang.

Pergi kebilik hebahan..bagi tau nama dia dan suruh dia pergi ke ruang makan..tunggu punya tunggu dia tak turun jugak…salah akak jugak ..masa dia call akak kata datang lepas asar.akak naik ke depan pintu pagar dan suruh kawan dia cari dia di dorm…dia tak ada jugak…kami pergi pulak ke surau..dia tak ada..ke kantin tak ada…tak lama dia call.. dia dah ada kat bilik…baru lepas mandi.

Lepas makan dan borak-borak…kami bertolak pulak ke bandar baru salak tinggi..nak hantar yana …oleh sebab masa masih terang benderang lagi..tanya dengan anak-anak..nak singgah rumah member blog mak tak? Anak-anak kata boleh jugak… Dah dekat kat bbst akak call member cyber yang belum pernah jumpa..sya http://maniszarif.blogspot.com/. nasibbaik dia ada kat umah….memang dari dulu nak singgah rumah dia..tapi masa tak mengizinkan..rumah dia memang dekat dengan kolej yana....dan akak memang tahu jalan nak gi kat rumah dia…kami selalu makan roti canai kat pusat penjaja di situ bila hantar yana bila hari isnin pagi…

Dah habis makan baru teringat nak ambil gambar….sorrylah sha ganggu kamu lepas kamu penat buat chicken pie…anak-anak puji…sedaplah chicken pie auntie ni……pandai ekk kamu buat…lepas ni bolehlah mintak resepi….akak memang pernah buat chicken pie…tapi pastri dia tak sedap….lepas tu sya keluarkan pulak hotdog pie kot.(hotdog di gulung dengan lebihan pastri chicken pie)..anak-anak pun kata sedap..nasib baiklah sya ni peramah..seronok berborak dengan dia..abah akak orang melaka dan sya pun orang melaka..jadi riuhlah mulut kita bercerita.

sya suka bela kucing..akak pun geram tenguk anak kucing dia ni…mula-mula janji dengan anak sekejap aje kat rumah sya ni….tapi dah pot pet pot pet..tak sedar dah sampai maghrib…sya bagi jugak rasa sambal goreng si aNIe. …adusss pedas berapi dan rasa dia memang sedap…

Lepas maghrib akak minta diri nak balik…nak hantar yana…sya bagi pulak nasi beraini ayam..alahai segannya akak di buatnya..macam-macam di jamunya akak pastu bagi pulak nasi ni…sedaplah nasi beraini ni sya…terima kasih bebanyaklah sya …. segan pulak nak datang lagi..

Lepas tu kekolej yana dan selepas solat maghrib barulah bertolak balik ke rumah…sampai dah pukul 9.00 lebih…penat memang penat…tapi tak apa..yana cuma tinggal sebulan lagi kat sana. lepas tu susahlah sikit nak jejak ke situ lagi…

7 thoughts on “Jumpa Member Blog di BBST

  1. Ina, Alhamdullilah ada rezeki kita hidang kalau tak de tu air kosong je.Terimakasih sbb sudi menjengah ke rumah.. Nasi beriani tu tawar tak bergaram sbb lupa letak garam, ntah camana leh lupa pun tak tau. Dah tua dah agaknya.He he samalah ngan sya kalau dah makan baru teringat nak amik gambar. Anak kucing tu namanya Jun Pyo, ikut nama dlm siri Korea Boys Over Flowers,.. kebetulan ada 4 ekor sumenya maka nama sume nama Korea.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s