Pengat Ubi


Rebus ubi dah lama dah…suami yang suka makan ubi kayu ni…kalau gi pasar tani kena belilah buat dia lepas gian…suami akak suka makan dengan sambal. Yang menyampahnya bila dapat ubi yang tak empuk…kalau nak beli mesti tanya penjual tu…empuk ke tidak?selalunya mereka kata empuk..ubi kampung..…akak selalu balas balik…
kalau tak empuk…minggu depan saya pulangkan balik tau…tersenyum aje penjual tu…alhamdulliah kalau beli kat pasar tani memanglah ubi dia empuk..


Teringin pulak nak makan pengat ubi kayu…dah lama tak buat…sepatutnya ada sagu biji..barulah sedap..tapi tak ada stok…malas nak ke kedai….

Bahan-bahan

  • 2 tongkol ubi kayu – bersihkan dan potong dadu
  • 2 cawan air
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 keping gula kabung
  • 1/4 cawan gula pasir-sape nak manis bolehlah tambah lagi
  • 2 helai daun pandan-di carik-carik dan di simpul
  • secubit garam halus

Cara-cara

  1. Rebus ubi kayu dan masukkan sedikit garam dan biarkan ubi empuk baru di toskan.
  2. Masukkan santan pekat bersama-sama air dan kacau sehingga ia mendidih.
  3. Masukkan gula kabung, daun pandan dan gula halus dan kacau sehingga gula larut dan sebati.
  4. Biarkan mendidih selama 10 minit dan masukkan secubit garam.
  5. Bolehlah di tutup api dan dihidangkan.

2 thoughts on “Pengat Ubi

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s