Kisah hari ini

Pagi tadi pergi ke perpustakaan negara…kena hantar buku hari ni pasal dah habis tarikh..nanti kena denda…nasib baik firdaus kelas petang..jadi adalah orang yang jaga kereta..kat kl ni susah sikit..parking memang penuh…..

sekarang ni kat kat situ dah susah parking..pasal tengah bina bangunan baru…mula-mula guard tak bagi masuk ke dalam..dia suruh parking kat luar…bila akak kata anak tunggu dalam kereta barulah mereka bagi masuk…kalau idak berpeluhlah atas bawah nak berjalan kaki ke dalam…dahlah parking kat luar penuh dek orang yang gi ke pusrawi..mereka malas nak parking kat wisma sejarah tu…pasal kena bayar..per entry RM3.00.

Ternampak buku kylie wong ni…jadi akak pinjam nak tenguk cara dia masak…suka tenguk kat astro..dia masak ringkas tapi sedap…

dan yang ni…buatnya entah bila…

pinjamkan sekali buku si imran…dia dah habis periksa.

Lepas pinjam buku …terasa laparlah perut ni…teringat nak cuba makan nasi lemak antarabangsa kg baru..duduk kat kl pun tak pernah makan lagi kedai nasi lemak yang orang kata fofular…nasib baik parking senang…akak pilih lauk paru goreng bersama sambal dan firdaus lauk ayam. Minum teh tarik dan teh ais…nak tahu berapa harganya………terkezut akak dibuatnya…RM13.00…mahalnya…lain kali tak payahlah makan kat sini…

bukannya sedap sangat pun…dahlah sambal dia manis giler…..daus kata...baik makan nasi beraini...lagi puas hati……kalau tenguk tempat pun bukannya bersih sangat…pekerja yang masak pun orang indon….kalau akak tahu tadi…taklah akak nak makan kat situ…tapi terpulanglah pada diri masing-masing. akak ni memang pemilih orangnya…dulu orang kata memang sedap pasal tuan punya resepi yang masak semuanya.

Kemudian pergi kepasar chow kit dulu…beli ubat makjun dan beli buah-buahan..lepas tu terus gi ke bake with yen kat jalan lorong haji taib….ingatkan nak beli penerap untuk buat huruf/nombor dari fondant..yang plastik tu murah sikit…tapi dah tak ada..semuanya dah di perbuat dari besi…mahal pulak tu…..

kat depan kedai ni banyak free show…pondan merata-rata…nak cari penerap fondant tak ada..yang jumpa si pondan……..akak tanya firdaus…

gambar hiasan aje…ni pondan ada kelas…

Kalau ambil gambar dia orang ….dia marah tak…(akak nikan suka bawak kamera ke mana-mana)

Mak jangan buat pasal…nikan sarang dia…nanti dia serang kita..lepas tu dia panggil geng dia…masak kita…

betul jugak tu….

kalau imran pulak suka tanya…

mak apasal dia pakai macam tu…tak malu ke..seksi pulak tu…kan orang melayu…

akak nak jawab apa ye..selalunya akak senyum aje…..tulah sebabnya dia tak suka ikut akak gi kat sini…

Lepas tu terus ambil imran kat sekolah dia…balik lepak depan pc…perut masih kenyang lagi..petang nanti baru masak.

13 thoughts on “Kisah hari ini

  1. salam kak ina, wah bnyknya tmpt akak pegi ari nie, hem nasik lemak antara bangsa tu mmg mahal. dulu2 masa yan duk kg baru suka beli coz time tu mmg murah..now dh terkenal lah katakan..so mahal le kan.yang pasal fontdan tu kelakar lak..sekali jumpa pondan..ehehe..nasib baik x amik gmbr diorg tau, klu tak maunya diorg serang..huhuhu..tp klu org laki yg amik gmbr diorg x serang kot..ehehe..

  2. dah lama tak ronda2 kat Lrg Hj Taib tu (ehemm jgn salah sangka tau) Kedai kat sana banyak jual barang2 yang susah nak dapat kat tempat/kedai lain…harga pun murah…Tapi itu cerita 10 taun dulu…Sekarang dah takut nak masuk Chow kit lagi…Sejak banyak bangsa asing berkampung kat sana…Lagi pun dah tinggal jauh ni…sesekali sampai KL mesti nak ronda ke tempat lain dulu…

  3. merayau2 ngan anak2 ye kak. saya pun pernah mkn kat ns lmk atrbangsa tu. pd tekak saya, tak le sedap, sedap lg ns lmk yg saya buat. tu le 1st n the last.hihihi

  4. Salam Kak Ina…Lerr… betul ke tak sedap? Ingatkan bila balik Mesia nanti nak gi sana. Nak rasa. Tapi kalau dah Indon yang masak, baik tak payah. Tak suka teman. Anyway, bak kata Yammie, fondant tu memang kelakar. Kak Ina ni betullah… he he he… a ah, dengar cakap Firdaus tu. Dia orang tu fondant, kak. Walaupun berpakaian perempuan tapi tenaga masih jantan. Jangan cari fasal.

  5. biler dah fofular…mula la demand lebih.. tu yg reger mlambung tuh..pdhal, cam kata kak ina tu..bukan sedap pun kannn..dahla kener bratur, ikut giliran…nak dudukpun tunggu giliran..acik pun ada sekali jer terai nasik nih..tu pun kawan yg bawak…baik la acik masak sendiri..laaaagi sodap…heheh

  6. salam…1st time nk mencelah ni ek..selalu msk.tp tgk2 je..nak panggil akak @ ina aje ye.slp2 u kta i perasan muda lak.he..he..bab2 mkn ni baik try mai perlis..murah n sedap…

  7. salam kak ina…masa belajar kat Kl dulu….selalu lepak kat library negara ni ngan en. hubby…ujung minggu, kalau takde aktiviti, mesti pi sana…bak kata org, bercinta~cinta juga…tp, study jgn lupa…:P~poyo!~

  8. aisehh kak.. kalu zaza still keja kat sana tentu da buleh jumpaa kann.. slalu ka ke sana?? ntah2 kita pernah bersua kan kak??? hehehe.. zaza keja kat bgh servis pinjaman kanak2 dan dewasa.. rotate laa. sometimes kat kank2, sometimes kat dewasa…

  9. salam yanmie..klu nak tgk fondan real gilah kat situ…rasanya kat kelang pun ada tpt dia kan>.salam nenie@syurie..rasanya tak takut sgt dah gi ke situ..ada balai polis bergerak..kalau pergi pun bersama anak lelaki akak..kalau seorg idaklah teman..takut..salam ain…betul..betul..betul..buat sendiri lagi best.salam opah..walaupun di mekap cantik..tapi tang halkum tu tak boleh sorok..kelakar jugak bila tgk gelagat fondan ni..

  10. salam yanmie..klu nak tgk fondan real gilah kat situ…rasanya kat kelang pun ada tpt dia kan>.salam nenie@syurie..rasanya tak takut sgt dah gi ke situ..ada balai polis bergerak..kalau pergi pun bersama anak lelaki akak..kalau seorg idaklah teman..takut..salam ain…betul..betul..betul..buat sendiri lagi best.salam opah..walaupun di mekap cantik..tapi tang halkum tu tak boleh sorok..kelakar jugak bila tgk gelagat fondan ni..

  11. salam lupakanje..memang buat sendiri puas hati..dah tpt dia tak ada class..duduk mcm kedai kopi kat kg..salam inna ab..alahai nak gi sana jauhlah pulak ..dgn tol dan duit minyak..klu di kl ni semua kena pakai rm..salam tukang cerita…boleh tahan ekk kamu ni..tapi tak apa..klu gi sana nak study sambil bercintun..

  12. salam fida..bestkan library tu..tapi org yg suka membaca aje yang suka pergi..klu yg tak suka mesti kata boring.salam zaza..entahlah..mungkin masa tu kita belum kenal lagi kot…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s