Serikaya Buatan Sendiri


Tak pernah se umur hidup buat kaya sendiri…gi kat rumah suzi ternampaklah resepi kaya ni..tenguk cara memang senang…original resepi dari rumah ummi….tak tahulah ummi yang mana satu.

Bahan-bahan

  • 2 cawan gula pasir
  • 1/2 cawan air
  • 500 gm santan pekat
  • 5 biji kuning telur
  • 2 camca besar tepung kastad (bancuh dengan sedikit air)
  • 1 helai daun pandan (akak letak 4 helai dan di carik lalu diikat-nakkan bau yang lebih harum)

Cara-cara

1. Campurkan gula dan air dalam kuali dan masak jadikan gula hangus.
2. Bila gula dah kekuningan, masukkan santan pekat dan kacau sebentar hingga gula larut.
3. Biarkan ia sejuk betul. Bila santan dan gula telah sejuk, masukkan kuning telur, tepung kastad yang telah dibancuh sedikit air dan daun pandan.
4. Kacau di atas api sederhana sehingga mendidih sahaja, jangan hingga likat. Tutup api.
5. Bila sejuk, kaya akan pekat sendiri.

Banyak jugak dapat…2 bekas plastik..macam-macam boleh buat dengan kaya ni…


Sedapnya makan dengan roti…tapi akak ada silap sikitlah…masa masak santan dengan gula terhanguslah sikit kat bawah dia….lupa nak salin periuk lain..bila masuk kuning telur di kacau langsung yang hangus tu ter kacau sama..tulah sebabnya tak cantik kaya ni…apa-apa pun memang enak.

2 thoughts on “Serikaya Buatan Sendiri

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s