Siakap Sos Thai

Ambil resepi ni dari majalah saji…sebenarnya dalam resepi tu dia kukus ikan ni…oleh sebab kat rumah ni kalau kukus ikan tak jalan…jadi akak gorenglah ikan ni…terpulang kepada yang nak buat ..nak kukus atau pun goreng….jom tenguk resepi.

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan siakap (sederhana besar)
  • 5 ulas bawang putih-tumbuk
  • 3cm halia-tumbuk
  • 2 batang serai (hiris)
  • 1 sudu kecil serbuk kari
  • 2 helai daun limau purut (hiris)
  • 5 tangkai cili padi (ketuk)-nak pedas tambahlah lagi
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 labu bawang besar (hiris)
  • 100gm tepung jagung-campur sikit air
  • 2 cawan air
  • minyak masak secukupnya
  • garam dan sedikit garam

Bahan untuk dilumur atas ikan

  • tepung jagung secukupnya
  • jus limau kasturi
  • garam

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan dan kelar badan ikan dan lumur dengan jus limau kasturi bersama garam. Biarkan selama 20 minit.
  2. Lumurkan ikan dengan tepung jagung dan terus goreng ikan dalam minyak yang penuh sehingga berwarna keemasan. Toskan.
  3. Masukkan minyak dan tumis bawang putih bersama halia, serai, daun limau, serbuk kari, cili api dan bawang besar.
  4. Setelah naik bau, tuangkan 2 cawan air dan juga sos ikan.
  5. Kemudian masukkan tepung jagung yang telah di campur dengan sedikit air untuk memekatkan kuah.
  6. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  7. Tuangkan ke atas ikan dan makan masa panas-panas.

One thought on “Siakap Sos Thai

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s