anak b…n..t..t

,,
Mak…im pertama kali dapat surat….bestnya…

Ala…surat dari imigresenlah…ni mesti pasal passport nak habis tempoh. Bukalah imran..tenguk apa dia tulis…

Dia pun bacalah….memang betul kena renew passport baru…oleh sebab tak cadangan nak ke oversea..jadi tangguhkanlah dulu…bukan sikit duit nak buat passport ni..kalau semua buat sekali..makan ribuan RM…

Nak cerita sikit pasal si imran ni…

Oleh sebab dia ni anak bongsu (buat masa sekarang…alah kalau boleh tak nak lagi lah..dah tua..nak tunggu cuculah pulak) jadi mengada-gadalah sikit…akak pun kadang kadang tension dibuatnya..kalau ada penyakit darah tinggi dan sakit jantung lagi parah dibuatnya…..terutama bila suruh dia belajar..

imran..kan minggu ni periksa..pergilah baca buku dan buat ulang kaji…

sekejap….sekejap..

itulah jawapan dia setiap kali akak suruh buat apa-apa ataupun belajar.

imran nak mak ambil tali pinggang abang daus tak..
(tali pinggang daus ni panjang…almaklumkan badan semangat)…sebenarnya akak jarang bantai dia guna tali pinggang…tak sampai hati…..selalunya akak cubit aje…

yelah.….

dengan muka masam..dia ambil buku….kononnya nak baca kat ruang tamu..
tak sampai 1/2 jam dia kata…

mak dah sudah baca…..aiiiiii tension akak di buatnya…

suami pulak kata…

jangan suka paksa anak-anak..tak elok..dia masih kecik lagi…

…suami dari dulu tak suka paksa anak-anak..tapi hal anak-anak semua akak yang bereskan….dia sibuk dan selalu gi out station…..tu yang buat akak geram..

akak pun membebel...imran nak jadi macam lembu ke? hari-hari nak kena rotan bila nak suruh belajar…

dengan cik abang pulak akak membebel…

ala abang ni…nanti bila anak dapat result periksa tak elok..nanti salahkan ina jugak……. pot pet pot pet pot pet….(radio buruk dah berbunyi-suami akak yang kata mcmtu)

lepas tu imran kata….

ala mak ni…im kan anak bontot….itulah alasan dia setiap kali akak marahkan dia…


apa lagi berderailah kami ketawa…

ni semua penangan duduk kat indonlah ni….kat sana anak bongsu di panggil anak bontot..kalau makan ekor lembu..di panggil sup bontot sapi…kalau yang dah pernah gi ke bandung atau jakarta mesti pernah jumpa ayat ni…

tensionlah mengajar si imran ni…dulu anak lelaki yang 2 orang ni tak macam dia…. abang-abang dia senang nak jaga dan dengar cakap akak……anak dara akak lagi senang bila nak suruh belajar..

entahlah imran…mak pun tak tahu nak cakap apa lagi….(akak tahu dia baca kisah dia dlm blog) pastu dia cakap…


apalah mak ni…cerita hal imran pulak dalam blog mak….malu tau…

kalau malu…buatlah perangai yang elok sikit…

mak cuma doakan agar imran berjaya macam kakak dan abang …insyallah

22 thoughts on “anak b…n..t..t

  1. alahai kak Ina, samalah ngan ank bujang saya yg nak upsr tu. baru semlm saya post n3 psl ni. susah betui bila bab2 belajo ni lah. ayah dia pun asyik relax aje, confident anak dia boleh. tp kita ni yg tiap2 hari dok dpn mata dia, naik risau tengok cara dia belajo. lbh kurang aje. grrrrr!!!!

  2. kak, sangat bersamaan peel im dgn budak-yg-nama-naqib kat rumah ni. Bile disuruh bace or study, kemain liat. Dan-dan tu mata jd kuyu. nguap 13, 14 kali. tp kalo tgk tibi, mata terang bersuluh.Mungkin takdak kesedaran lg tu. Budak pompuan rasenyer lebih cepat matang. Diorang tahu mana baik mana buruk dulu dr budak laki. Rasenyer lah.Minggu ni pekse, yg tensinyer saye. Dia rilek jer…hadoi…

  3. hehehe..imran lebih kurang baya anjib gak nye eh kak?tapi anjib marah kalo kitaorg cakap dia manje.dia perasan dia MACHO..nyampah je..hehehekak, no henpon saya 012-2247343 on 24-7..takde off ;D

  4. kak ina… biasalah budak2… anak2 saya semuanya jenis berpenyakit M bab belajar ni lah… dah tak kuasa nak cakap banyak2… * anak bungsu ni memang camtu… kita tak manjakan tapi dia yang manja2kan diri sendiri – tu yang tak sampai hati nak marah kan… tapi saya belasah je hehehehehehe

  5. hehehe, imran ni macam ikhwan kat rumah ni je… alasan dia pun nak serupakakchik memang baca anak b..t.t bila tgk tajuk, dok pikir cerita sensasi apa yg kak ina tulis ni, rupanya pasal si imran… mungkin abang2 & kakak2nya blh tlg motivate kan dia. di rumah ni ikhwan kalau abang2 sepupunya tegur cepat je dia buat, kalau umminya atau makcik2nya tgr, alasannya macam imran lah

  6. anak bungsu yg manja gitu..bebudak klu ada pembela dari kecik…payah nnt kak ina..tapi, mudah2an ok lah pd Imran tu…membesar dan terus membesar menjadi anak yg berguna.

  7. Anak bontot tu anak bongsu ke ina?Samalah perangai ngan Fareez ni…manja dia tak boleh nak cakap…pandai pulak memberi alasan…kita cakap camni…dia cakap camtu…geram betul…tapi dialah penawar hati kan ina…

  8. salam leya…dulu kecik perangai lagi..dah besar lain pulak perangainya..belum bertuah lagilah..selagi anak tak bekerja kiranya tak bertuah tau…bila dah dpt hasil kerja anak barulah boleh di panggil bertuah.salam cik linn…saje je berkongsi cerita ceriti..boringlah linn…salam ain..sabarlah ain…bukan senang nak mendidik anak-anak di zaman sekarang ni..

  9. salam zura…anak-anak skrg ni akal dia orang panjang bebeno..kamu tunggulah bila anak kamu dah sekolah..macammana perangai dia nanti..harap-harap dia nak ikut cakap ibubapa.salam aishah..setiap anak ada ragam dia masing-masing..itulah cabarannya yang perlu kita hadapi samada baik ataupun buruk.

  10. salam siti..samalah mcm anak akak..bila tgk tv mata tu tak berkelip langsung..bila baca buku..boleh terlelap kat atas buku tu..salam mala..biasalah anak bongsu aka nak bontot ni.. lorat..perasan dia tu di manjai..salam ungku noor..insyallah nanti kita jumpa ye kalau ada rezeki..imran darjah 2.sama kot dgn anak bontot kamu..lagi bagus ye jawapan dia…macho…mcm-mcmlah bdk-bdk ni..

  11. salam umi e..anak perempuan pun ada vit m jugak ye..alhamdulliah dulu anak perempuan dgr ckp…sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk anak-anak kita ye..salam lupakanje..memang akak yang selalu marahkan dia..tapi dia lagi takut bila ayah dan abang dia bersuara.salam maza..selalu tak ada kat rumah? gi out station ke?elok tu kalau anak takut salah seorg samada ibu ataupun bapa…klu tak takut dua-dua mau haru biru di buatnya.salam mamatiara..saje-saje nak cerita..tulah anak kecik yang ada kat rumah ni..barulah bising sikit..yg besar ashik dalam bilik dia aje.

  12. salam kakchik…anak-anak ni memang respect dgn org lain..nasib baik dia dengar cakap hb dan abang-abang dia..selalu suruh abg dia motivate ataupun marah dia.barulah dia takut.salam aNIe..anak bongsulah tu..betul ckp aNIe..tulah penawar akak buat masa ni sebelum dpt cucu…

  13. Rasanya kalau Imran belum cecah 12 lebih baik renew paspot sbb bawah 12 harga 150.00 nanti kalau dah lebih 12 tahun kena bayar 300 lak

  14. saya berumur 37thn,biasalah kalau anak bongsu memang mcam tu,anak sulung saya umur 16thn, perempuan 12thn & bongsu 6thn dia nie boleh buat naik darah tinggi saya kadang2hilang sabar di buatnya susah nak belajar,dah lah tak pandai2 lg membaca bila cikgu ajar baca bersama kwn2 kat sekolah dia tak nak ikut sekali, kata dia malas nak ikut, kalau dah pandai baca tak pe lah, nie baru pandai 4 perkataan je. setiap pg bila nak pergi sek mesti menangis dulu sbb malas nak bangun pg pada hal tidur mlm seawal jam 9mlm. entahlah mungkin allah nak uji kesabaran kita tp sy selalu ingat satu perkara anak2 adalah pinjaman dari allah jadi bila ada peluang kita gunalah sebaik yg mungkin krn bila2saja allah boleh ambil balik waktu tu kita menangis air mata darah pun kita tak ada peluang lagi…jdnya kpd ibu semua kita berdoalah semoga anak2 kita yg byk sogel tu berubah lah hendaknya…AMIN.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s