Sape ada darah tinggi ..jangan makan masakan ni…


Masak lomak cili api ni..tak boleh buat selalu..nanti bertambah lemaklah badan akak ni..tapi orang N9 kalau seminggu tak masal lomak mesti boleh pengsan…kali masak pulak guna cendawan sisir…tentu semua kenal dengan cendawan ni..lecehlah sikit nak masak cendawan ni..kena buang serpihan kayu kat hujung dia dan pastu kena pilih satu persatu..dahlah mata ni bertambah rabun…tak kisahlah tu kan..kalau nak makan tu semua tu sanggup di buat..

Bahan-bahan

  • 15 biji cili api-kalau nak pedas tambah lagi
  • 500gm daging empuk
  • cendawan sisir (akak beli kat pasar tani RM2.00)
  • 600ml santan cair
  • 400ml santan pekat
  • 2 batang serai di titik
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 inci halia
  • 2 helai daun kunyit-disiat
  • sedikit serbuk kunyit
  • garam ikut keperluan

Cara-cara

  1. Pilih dan buang kekotoran yang ada di cendawan sisir dan rendam dan air garam sebentar. Kemudian bilas 2-3 kali dan di toskan.
  2. Basuh daging dan toskan..kemudian potong nipis-nipis.
  3. Tumbuk lumat cili api bersama kunyit hidup, halia dan sedikit garam.
  4. Titikkan serai dan masukkan semua ke dalam periuk bersama daging dan cendawan sisir tadi.
  5. Masukkan santan cair dan hidupkan api yang sederhana.
  6. Sentiasa kacau supaya tak pecah santan….bila menggelegak masukkan pula santan pekat.
  7. Kacau lagi ..bila menggelegak sekali lagi masukkan daun kunyit. Tunggu sehingga 10-15 minit.
  8. Perasakan dengan garam dan boleh ditutup api.


**************************************************************************************


Makan pulak bersama cencaluk…nak makan cencaluk ni kena bubuh jus asam limau kasturi banyak-banyak pasal nak hilangkan rasa masin..pastu bubuhlah cili api….bawang besar yang di hiris…

Goreng pulak ikan cekik leher ni…memanglah makan bertambah-tambah…orang yang ada darah tinggi memang tak di galakkan makan makanan macam ni..tentu terus naik bp dia..nasib baiklah akak ni tak penyakit darah tinggi. Tapi makanan macam ni tak boleh makan hari-hari..nanti boleh mendatangkan penyakit….sekali-sekali bolehlah….

Goreng pulak sayur kailan ikan masin….Makan tak ingat orang dah…sedap giler masakan kampung ni…(puji diri sendirilah)

16 thoughts on “Sape ada darah tinggi ..jangan makan masakan ni…

  1. salamadus kak ina.. waa… takleh nak kurus mcm nih.. sedap giler tgk lauk kak ina..Cencaluk tu klu nak lebih kick dan kurang masin, akak campur dengan air didih nasi (ambik air masa nasi tengah mendidih tu) baru masuk limau, cili api dan bawang besar..uiks.. meleleh dah air liur

  2. mmg masakan ni selera kita ..satu lagi jering masak lemak cili api..orang minang punya fvrt..kita suka sgt.Jika ada resepi tolong siarkan ya!wpun kita bukan orang minang tp dah lama sangat dok gombak ni..dah biasa!

  3. Inah…aduuuhhh!! menggoda sungguh menu hari ni…cukup lengkap dengan cincaloknya…dah lama rasanya anie tak makan cendawan sisir tu…dulu masa duduk kampung selalu juga mak sedara masak…memang sedap….

  4. salam nik fauziah..kamu dah kurus..tak payah risau..tak mcm akak ni..tapi akak tak risau pun…tq bagi petua psl cencaluk tu..apasallah wan akak tak ajar dulu.salam ain…dashyat ekkk bila makan mcm ni..tak boleh diamalkan selalu..salam zura..alahai apa nak buat..org kerja dan suri rumah ni …cara makanan lain-lain..suri rumah ni boleh masak apa saje kalau tekak teringin nak makan yang sedap-sedap..org kerja terpaksalah masak yg simple..ataupun beli kat kedai..alamak terlebih sudah…salam happy irfa..klu meleleh gilah cari..pastu masaklah kat rumah..

  5. salam momguess..memang nak menyiangnya malas..akak tgh ada vit R..tulah rajin nak menyiangnya..salam cik linn…jomlah pindah ke sebelah rumah akak…hari-hari akak bagi lauk…tapi kena bayarlah…ha..ha..ha..salam syafa..biasalah org N9..tanpa masak lomak boleh pengsan tau..salam suzi…bukan selalu pun masak mcm ni…jarang..jarang…salam cik manggis..alahai akak tak pernah makan jeringlah…tapi mak selalu masak…nanti akak tanya resepi dia..insyallah..

  6. salam aNIe..dulu masa kecik selalu balik melaka…wan suruh cari cendawan sisir ni kat pokok tumbang kat dalam kebun getah…lepas tu wan masak…sedapnya masakan arwah wan akak ni..salam ashley..resepi dah ada..gilah cari cendawan tu dulu..pastu masak..lepaskan hajat dihati.salam leya..lepas pengsan boleh bangun balik ye…alahai msk org kg ajelah..simple mimple..

  7. salam kak ina…wah masuk sini, terus datang selera makan…mcm mana la nak kuruskan badan ni…kulat sisir tu mmg leceh yg amat tang nak bersihkan dia…biasa akak goreng + telur je…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s