Macam-macam cerita

Hari Sabtu

Akak tengah buat sarapan..tiba-tiba talipon berbunyi…

Assalammualaikum….ni mak athirah roslan ke?

Ye…kenapa?

Makcik…saya ni kakak yang sama dorm dengan athirah…dia demam…pastu muntah-muntah…saya takutlah makcik…tapi dah bagi makan panadol….makcik boleh datang tak sekarang?

Teruk ke? Bila dia kena demam tu? ….hati akak dah risau dah…

Petang semalam…sekarang ni dia tengah tidur…tak larat nak bangun…

Insyallah acik datang kejap lagi…

Akak bagi tau suami akak pasal hal ni…maklumlah bila tak bekerja … dia tidur balik lepas sembahyang subuh..

Cepatlah siap…

Nanti kejap….tengah goreng hotdog…kita minumlah dulu.

Nasib baik masak cara org putih ni…cepat siap….makan dengan kacang dalam tin.

Kami bergegas nak ke sana…bila nak start enjin…tenguk kat tayar macam kurang angin…pergi pam kat stesyen minyak..pam..pam…dia kempis balik..terpaksalah cari kedai tayar…dalam perjalanan nak ke rawang tu kenalah cari kedai tapi kedai banyak belum buka lagi…baru pukul 8.30 pagi.

Suami akak bawak pelan-pelan…kena cari jugak kedai tayar…alhamdulliah kat persimpangan batu caves ada satu kedai tayar yang baru bukak…bila dia orang check…memang tayar tu bocor dan kena tampal.

Lepas terus gi ke sekolah ira. Bila masuk ke dorm dia…dia tengah tidur..ada air mata yang mengalir di pipi ….keciannya akak tenguk…menitis air mata akak di buatnya…akak kejutkan dia…akak memang nak bawak dia balik…nak bawak ke klinik…suruh dia kemas barang termasuk selimut dan baju yang kena muntah. Kakak yang duduk sama dorm dengan dia tolong sekali..

ni ubat akak…tak sempat nak ambil gambar ubat ira..

Lepas jumpa ketua warden dan dapat kebenaran balik akak terus ke klinik idzham di gombak. Alahai ramailah pulak orang.Kenalah tunggu..akak pun check sama…tekak ni masih rasa sakit lagi…doktor kata kena makan antibiotik dan tak payah buang tonsil tu…

Ambil ubat…pastu terus balik ke rumah…dah pukul 12.00 tengahari..suruh ira makan roti sikit dan minum air milo…dan makan ubat..dan berehat. Akak masak yang senang dan ringkas….nak cepat…lepas tu terus melepek…

Bila malam … badan dia panas dan lepas tu dia meracau…..

Mak takut nak tidur seorang….ira tenguk semua benda jadi besar..

.akak suruh di mengucap…dan baca ayat kursi…hairan jugak…tak pernah dia demam sampai meracau macamni…akak ni dah makan ubat yang doktor kasi..jadi mengantuk….dia ashik kejut…

mak takut…tak boleh tidur..

Akak suruh dia ambil air sembahyang…lepas tu dia mengaji ….alhamdulliah ..lepas tu barulah dia dapat tidur…sampailah ke pagi…

Pagi Ahad….akak buatkan bubur untuk ira dan nasi lemak untuk sarapan pagi. Suruh dia bangun dan makan bubur bersama air milo. Lepas makan ubat dia tidur balik.

Akak nak ke sini…nak dengar apa cerita dalam mesyuarat ni……lepas tu nak tenguk rumah dan bersihkan sekali…rumah tak duduk…lepas datang 2-3 bulan sekali..mesti berabuk…..akak pergi dengan suami, firdaus dan imran…ira nak ……akak tak bagi…suruh dia tidur kat rumah mak akak..lupa nak ambil gambar masa meeting ni…sebab dah kelam kabut.


Banyak betul peraturan bila duduk di pangsapuri ni…ini tak boleh…itu tak boleh….lecehlah…
Habis meeting pukul 3.00 petang…sampai balik rumah dah nak dekat pukul 4.00 petang…ira tak bangun lagi…akak kejutkan suruh dia makan bubur dan minum air milo dan makan ubat.

Patutnya dia kena balik petang ahad …tapi kesianlah pulak tenguk dia masih lemah lagi..kalau hari isnin masih lemah…terpaksalah mc satu hari…masalahnya dia ada peperiksaan kat sekolah.

Alhamdulliah bila kejut pagi tadi…dia kata dah okey dan boleh gi sekolah…suruh dia bersiap-siap dan pukul 6.15 pagi gerak ke sekolah dia balik.

Takut jugak keluar pagi-pagi ni…akak kena hantar ira…suami pulak hantar imran…bila sampai kat jalan besar..dah banyak kereta…jadi tak risau sangat…tapi jalan nak ke rawang tu masih gelap gelita lagi…sampai kat sekolah ira pukul 6.45 pagi…akak pesan kalau sakit atau demam talipon akak….

Dalam perjalanan balik…teringat pulak barang dapur dah habis…suka ke sini…sebab barang dia murah….sekarang ni ekonomi meleset dan tahun berjimat cermat…terpaksalah pergi ke tempat macam ni…

Lepas beli barang dapur…terus balik balik rumah…dan buat sarapan pagi..lepas tu lepaklah depan pc…penat pulak rasanya.

4 thoughts on “Macam-macam cerita

  1. salam ain..bila anak kecil duduk kat asrama ni..hati ibu mesti kental dan kena bertegas dengan anak-anak..tapi bab sakit yang selalu merisaukan akak…nasib baik dekat..tak mcm kamu jauh..salam mama tiara..bila dah jadi ibu..tahulah macammana ibu kita dulu bersusah payah membesarkan kita tanpa banyak kemudahan seperti sekarang sehingga kita dpt anak sendiri…

  2. salam singgah kakheheheayu pun selalu belanja kat nsknak buat kek,kat HOI pun dekat kat pasar borong tubetul2 depan petronashihihihayu duk kat kg sg tua barunaper tak tembung yerk?hihiihby the waymasa nsk terbako aritupunyer lah susah nk belanja brg dapuraduyaii

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s