Kisah buku

Masa Pesta Buku yang lalu akak tak pergi …. pertama..anak-anak yang hantu buku semua tak ada ..sape lagi anak dara akak lah…tak best kalau gi seorang…anak lelaki yang besar tu sibuk dengan aktiviti mereka bila hujung minggu dan mereka tak suka baca novel…mereka suka baca majalah gila-gila dan ujang.

Bila akak gi lawat ira di asrama…

Mak…tak pergi ke Pesta Buku tu…

Macamana nak pergi….yang suka baca dah tak ada kat rumah…lagipun ira pun bukan boleh balik pun ….kenapalah mereka buat pesta ni bukan cuti sekolah..kalau cuti sekolah tentu seronok…

Tulah …kalau cuti sekolah ira boleh pergi dengan mak…tapi mak….Ira ada order bukulah dengan member yang duduk kat luar….ira suruh beli buku terbaru keluaran pts…

Berapa rm?

Tak tahulah…

Seminggu kemudian…

Dah dapat buku ke belum?

Belum…kawan tak belikan pun..

Tak apalah…nanti bila balik mak belikan….kita pergi ke tempat pts di batu caves…

Bila balik masa cuti hari pekerja tu…dia tuntut janji..

Akak pun bawaklah ke situ..tapi nasib tak baik…pts tutup..masa tu ingatkan pts masih di tempat lama…akak terpaksa pergi ke kedai buku di seri gombak..buku keluaran pts tak banyak pilihan..banyak buku lama…ira dah tak puas hati..dia tak nak beli..

tak apalah..minggu depan mak beli kan…

Hari Jumaat minggu lepas akak search kat internet nak cari no phone dan alamat pts di batu caves…call tak dapat-dapat….akak tulis alamat dan lepas ambil imran yang habis sekolah pukul 12.00 tengahari …akak gi jugak cari pts ni..alhamdulliah jumpa tempat baru dia..rupanya mereka dah pindah tempat baru..

Bila sampai kat situ..nasib tak baik…mereka tutup …hari jumaat mereka rehat awal..tapi akak gi jugak naik ke tingkat atas…kebetulan ada pulak se orang staff keluar…

Lepas tanya… dia kata…bukak balik pukul 2.30 petang…akak dah malas dah nak keluar balik..dengan cuaca yang panas dan badan pun tak sehat…kebetulan staff ni baik nak tolong belikan…dia mintak no phone..kebetulan dia nak gi ke seri gombak…akak pun tumpangkan dia.

Bila sampai di pejabat pos seri gombak dia turun..dan akak pergi ke kedai baking kat situ jugak..dalam perjalanan balik dia sms suruh bagi nama buku yang akak nak…akak balas ..nanti bila balik ke rumah akak search di web pts dulu baru bagi nama buku..

bila search di internet banyak juga buku keluaran terbaru…akak pun bagilah nama buku tu kat staff tadi. Dalam pukul 4.00 dia sms kata buku dah ada dan dapat diskaun 20%..alhamdulliah..akak suruh anak akak gi ke batu caves dan ambil buku tu…nasib baik dekat dengan umah..


Akhirnya dapat jugak buku yang dia nak…sekarang remaja ataupun budak sekolah memang minat giler dengan novel keluaran pts ni…zaman akak dulu akak selalu baca novel keluaran dewan bahasa dan utusan..tapi banyak pinjam kat library ..

Bila baca novel ni … sedaplah pulak…akak tak bagi kat ira dulu..pasal dia tengah periksa..nanti bila cuti sekolah baru akak bagi dia..semuga beliau suka dapat baca novel ni..

staff tu siap bagi katalog..lain kali nak beli sms aje kod … lagi sonang kerja akak…


Insyallah nak belikan dia lagi 3 buku yang terbaru keluaran pts lagi…


Buku lama yang masih akak simpan..dulu abah orang susah..memang payah nak beli buku…akak selalu mintak kat adik abah di kampung. Bila di sekolah rendah akak selalu pinjam buku di perpustakaan sekolah…akak paling suka baca buku hikayat 1001 malam..seronok baca cerita tu..bila dah sekolah menengah akak selalu pergi ke perpustakaan negara di jalan raja laut..


sekarang ni pun masih lagi meminjam di perpustakaan negara..tengah ralit baca novel ni…..mesti ada orang kata…apahallah akak ni…dah tua-tua pun baca novel macam ni…peduli apa kata orang…janji akak suka..akak suka cerita berbentuk kasih sayang dan rindu merindu ni..

rasanya akak ni peminjam setia di perpustakaan negara dari sekolah hingga sekarang..cuma tak pinjam masa duduk di johor bharu dan di jakarta..masa duduk kat jakarta akak beli aje novel..boring duduk kat sana..


tapi kat sana akak baca akhbar kompas..tulah boleh cakap indon..mula-mula tak faham…dah baca hari-hari barulah faham..masa tu memang tak bawak pc…pc tinggal kat rumah di kl..suratkhabar yang di panggil saji pun akak beli..kat saji ni banyak resepi…

tapi ngak pernah di cobain..

9 thoughts on “Kisah buku

  1. Anie ni banyak kumpul buku resepi…tapi kalau nak masak…asyik2 asam pedas…dah itu feveret cik abang…kalau tak pun sambal…Cantik2 cover novel2 pts tu ye…anie ni dah takde anak remaja …yang Nurul tu suka baca novel cinta aje dah…hehehe

  2. salam kak ina,anak akak dah ikut jejak akak…:)saya dulu suka gak baca novel ni…sekarang dah takde kesempatan. tunggu anak2 besarlah kot.sekarang baca majalah je…

  3. Saya lebih suka baca novel2 karangan org lama. Bahasa diorang lagi berseni.Kak, PTS skrg ni gila2 lah. buku best2. aritu time gi pesta buku, cam gile. melambak2 novel remaja. belikan utk anak, saye pun tumpang bace.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s