Daging Masak Hitam Manis Mak Lang


Gi jejalan kat rumah diana di http://resipidiana.blogspot.com ..tertarik nak cuba masak daging masak hitam manis mak lang…pasal cara yang dia masak agak berlainan dari akak masak…terima kasih ye atas resepi yang sedap ni tapi akak edit sikit.

Bahan-bahannya

  • 1/2 kg daging batang pinang } direbus bersama kicap,campur air sikit jer.(akak gunakan api perlahan)
  • 1/2 cwn kicap cap kipas udang } rasa sedap dari yg lain, bukan nak promote.
  • 3 sudu besar jintan manis}
  • 3 sudu besar jintan putih}digoreng sekejap lepas tu blend kasi halus
  • 3 biji bawang merah }
  • 3 biji bawang putih }dikisar
  • 1 inci halia }
  • 2 sudu besar cili kisar } ikut kepedasan sendiri

Bahan tumis-rempah ratus

  • bunga lawang,kulit kayu manis,buah pelaga

Akak tambah

  • 1 biji bawang holland di hiris bulat
  • 1 biji cili merah dipotong serong

Cara-caranya

1. Daging yg direbus bersama kicap tadi dihiris nipis, air rebusan daging jangan dibuang
2. Masukkan sebahagian jintan yg diblend tadi dan juga sebahagian bawang yang dikisar bersama halia.
3. Gaul daging bersama bahan-bahan tadi dan goreng sekejap aje.
4. Sekarang, lebihan minyak tadi gunakan untuk menumis …akak tumis dulu rempah tumis baru tumis baki jintan dan bawang merah, bawang putih dan halia.

5. Masukkan cili kisar,kacau.Kemudian masukkan daging dan air rebusan.

6. Kacau sebati sehingga kuah agak pekat dan masukkan bawang besar dan cili tadi.
7. Siap.Sedap dimakan bersama nasi minyak, nasi putih…yummyyyyy..

Peringatan :

Jangan guna garam dalam masakan ini sebab dengan adanya kicap sudah
memadai.

One thought on “Daging Masak Hitam Manis Mak Lang

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s