Sup Kambing

Kali ni akak buat sup gunakan tulang dan daging kambing..mcm akak bagitau dulu kalau guna daging kambing kena cuci dengan tepung gandum pasal nak hilangkan bau hamis dia. Ada orang tak makan daging kambing..takut darah tinggi naik…ada pulak kata geli nak makan…ada jugak yang kata..makan nanti sakit kepala…entahlah..ikut selera masing-masing…

Bahan-bahan

  • 1/2kg daging kambing
  • 2 biji ubi kentang
  • 1 bungkus sup punjut adabi
  • garam
  • sedikit minyak untuk menumis
  • sedikit tepung gandum

Bahan tumis:

  • 4 cm kulit kayu manis
  • 4 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih

Bahan kisar

  • 6 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 cm halia
  • 2cs/b rempah kurma
  • 1/2 bungkus rempah sup adabi

Bahan lain

  • daun sup/daun bawang dihiris halus
  • sambal kicap-sesape yang suka
  • sedikit jus limau nipis/jus asam jawa

Cara

1. Cuci daging/tulang kambing dengan tepung gandum dan bilas bersih.
2. Panaskan minyak. Tumiskan bahan tumis dan bahan kisar sehingga wangi.
3. Masukkan tulang/daging kambing, sup punjut dan air secukupnya. Biarkan mereneh sehingga tulang lembut.
4. Bila dah lembut barulah dimasukkan garam dan ubi kentang. dan setelah di rasa padamkan api dan masukkan jus asam limau nipis/asam jawa. Kacau sebati.
5. Hidangkan panas-panas.

Saje-saje letak gambar kambing yang di ambil kat maha tahun lepas..





macam-macam rupa kambing ni … kambing ni dahlah takut air..pastu mahal pulak harga daging dia..

One thought on “Sup Kambing

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s