Moist Chocolate Cake

nuffnang_bid = “ac33ff7141ee6e44c800137541acHari Rabu malam imran balik dari mengaji bagi tau..

mak…….. esok malam ustaz nak buat jamuan makan-makan..lepas baca yassin…

tenguklah kalau mak rajin…mak buatkan apa-apa..im nak suruh mak buat apa?

Mak buat kek coklat macam bagi cikgu tu..

Insyallah besok mak buat…

Bila firdaus keluar gi kolej akak pesanlah dia belikan telur dan susu cair..dia janji nak balik pukul 1.00 tengahari…dalam hati kata ….. sempatlah buat sebelum imran balik sekolah …

Tunggu punya tunggu …dia tak balik-balik…akak call hand phone …
no yang anda dail tidak dapat di hubungi….

Tension akak dibuatnya..sampai pukul 4.00 petang masih jugak tak dapat dihubungi…akak terpaksa ambil imran di sekolah..bila imran masuk aje dalam kereta dia dah tanya…
Mak …dah siap belum kek coklat…

Belumlah…abang daus tak balik-balik…

Ala..im dah janji dengan kawan-kawan…

Kita gi kedai kek ajelah…mak beli...

Dia diam aje…Pastu dia buat muka monyok….tak nak cakap…sampai kat greenwood..akak terpaksa beli susu cair dan telur tu…hendak tak hendak..kena buat jugak bila sampai rumah…kesianlah pulak tenguk dia macam tu….

Sampai rumah pukul 5.00 petang…kena keluarkan butter dulu nak bagi lembut..
Pukul 5.30 petang..barulah boleh buat dan bakar…si imran sibuk tenguk kek..

mak dah masak ke belum?..mak bila nak bubuh coklat…bla..bla..

..nasib baiklah sempat …..nak bagi kek sejuk akak terpaksa masuk dalam peti ais…pukul 7.00 malam baru boleh letak coklat..lepas masuk lagi dalam peti ais..nak bagi keras sikit..lepas maghrib barulah boleh potong…

Hai anak…….nasib baik tertunailah hasrat di hati si imran nak jamu member-member mengaji dia makan kek coklat ni..lepas tu barulah dia tersenyum dan dengan rasa gembira dia bawak kek coklat tu ke rumah ustaz dia…

Alamak…terlebih sudah…panjanglah pulak ceritanya…akak ambil resepi ni dari rumah chef ah mat gebu gebu..resepi asal dari kak izan..tapi telah di oleh oleh great lydia…sedap ooooo…anak yang bagi komen…imran kata…mak habis..dia orang kata sedap….akak c & p ajelah cik mat…

Bahan-Bahannya

  • 1 cawan tepung kek/tepung gandum*
  • 1 camca teh serbuk penaik*(*digaul dan diayak 3 kali)
  • 1 cawan gula halus (castor sugar)
  • 2 biji telur gred A
  • 125 g mentega
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 1/2 cawan serbuk koko*
  • 1/2 camca teh nescafe*
  • 1/4 cawan gula halus*
  • 1/2 cawan air panas*
  • 1/4 cawan susu cair*(*disatukan hingga menjadi pes coklat)

Untuk Chocolate Ganache:-

  • 100 g coklat masakkan
  • 50 ml UHT Whipping Cream-akak letak aje susu cair
  • 1 camca teh mentega

Cara membuatnya:-

  1. Panaskan oven pada suhu 175C. Lenser tin berukuran ( 5 x 8 x 3 ) inci dengan mentega dan alas dasarnya dengan kertas minyak. Ketepikan.
  2. Pukul mentega dan gula halus hingga putih. Masukkan esen vanilla dan telur satu persatu sambil terus memutar hingga adunan kembang dan gula hancur.
  3. Perlahankan speed, masukkan tepung berelang seli dengan pes coklat hingga habis. Gaul hingga rata dan sebati.
  4. Tuang adunan tadi dalam tin. Bakar dalam oven selama 45 – 50 minit. Sejukkan sebelum dihias dengan chocolate ganache jika suka…

UNTUK GANACHE:-

Satukan coklat dan UHT Whipping Cream dalam mangkuk tahan panas. Cairkan secara double-boiler, bila semua larut, matikan api dan masukkan mentega dan gaul rata. Biarkan suam dan boleh tuang atas kek coklat tadi.

akak potong kecil-kecil sebab senang nak ngapppp
Posted in Kek

6 thoughts on “Moist Chocolate Cake

  1. nasib baik tertunailah hasrat dihati adik im tu…klu tak sure masih monyok smpai sekarang..ehehe..kek tu tgk gmbr pun dh tau mmg sedap kan..nuym..nyum…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s