Asam Pedas Rebus Jintan Manis


Bila tak sehat makan macam ni yang bestkan…ambil dari rumah ummi kuantan…memang dia masak besti-best…ni masakan dari ibu beliau…terima kasih ye ummi kerna bagi resepi yang senang, mudah dan ringkas.

Bahan-bahan
  • 2 ekor ikan kembung (apa-apa ikan pun boleh)
  • 1 1/2 sudu besar cili kering kisar (boleh jugak letak cili hidup)
  • 5 ulas bawang merah – tumbuk
  • 1 ulas bawang putih – tumbuk
  • 1 cm kunyit hidup – tumbuk
  • 1 inci belacan – tumbuk
  • 1 sudu kecil rata jintan manis – tumbuk
  • 2 keping asam gelugur
  • 1/4 bahagian nenas – potong kecil-tak letak sebab tak ada stok
  • 7 -8 pucuk daun kesum
  • 1 kuntum bunga kantan – belah 2
  • air untuk kuah secukupnya (kurang lebih 3 – 4 cawan)
  • sedikit gula
  • garam secukup rasa
Cara Memasak:-
  1. Masukkan semua bahan tumbuk dan asam gelugor ke dalam periuk dan tuang 1 cawan air. Masak sebentar dengan api perlahan agar cili benar2 masak (lebih kurang 5 – 8 minit)
  2. Bila telah mendidih, tambah air untuk kuah. Kacau sesekali dan biarkan sedikit mendidih.
  3. Masukkan nenas dan daun kesum. Masak sebentar.
  4. Masukkan ikan, garam dan gula secukup rasa.
  5. Biar mendidih dan tutup api. (agak-agak lah ikan jangan sampai hancur lak)

Makan lauk ni dengan bubur nasi…alahai nyamannya makan kuah dia…ada masam-masam…laju aje makan bubur nasi kali ni…ikan bilis pun mesti ada…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s