Pandan Cheese Cake


Bila gi kat rumah cik mat tu akak tertarik sesangat dengan pandan cheese cake ni…dengan kehijauan dan kelembutan kek tua ..akak pun buatlah semalam…sangat sesuai untuk orang yang tak sehat…akak pernah jugak buat ikut resepi asal dulu…sebelum ada blog……resepi asal dari onigiri tapi akak ambil resepi dari rumah cik mat gebu..http://tiffinbiru.blogspot.com/..memang gebus dan lembut..

Bahan-bahan

  • 200 ml susu segar
  • 4 keping slice cheese (cheesedale)
  • 70 g mentega
  • 70 g gula halus
  • 70 g tepung gandum, diayak
  • 4 biji telur gred “B”
  • 1 camca teh pandan paste
  • Sedikit pewarna hijau
  • Beberapa titik esen vanilla

Cara-cara

  1. Siat-siatkan cheese dan masukkan ke dalam susu segar, panaskan susu dan kacau hingga keju larut, masukkan mentega, pandan paste dan sedikit pewarna hijau, kacau rata dan sejukkan (akak guna stail mat kaedah double-boiler)
  2. Asingkan putih dan kuning telur, pukul kuning telur hingga pucat dan masukkan no. 1, kacau rata. Masukkan tepung dan gaul hingga sebati. Ketepikan.
  3. Putar putih telur hingga berbuih, masukkan gula halus dan putar hingga menjadi meringue. Kaup balik meringue ke dalam no.2 dan masukkan esen vanilla, gaul hingga rata.
  4. Tuang dalam tin yang telah disapu mentega, letak tin dalam bekas lain dan tuang sedikit air hangat (kalau guna tin spring foam, balut bawah tin dengan aluminium foil, utk mengelakkan air masuk).
  5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170C selama 20 minit, kemudian turunkan suhu kepada 140C dan bakar lagi selama 40 minit. Bila masak, keluarkan kek dari tin dan sejukkan sebelum dipotong.

Posted in Kek

3 thoughts on “Pandan Cheese Cake

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s